Ibu Mertua vs Menantu »»Sedikit masa dulu saya - TopicsExpress



          

Ibu Mertua vs Menantu »»Sedikit masa dulu saya pernah berkongsi cerita tentang ibu mertua- anak menantu . »» Kali ini pula saya akan kongsi satu sesi kaunseling yang pernah saya kendalikan membabitkan sepasang suami isteri yang menghadapi masaalah rumahtangga akibat konflik si isteri dengan ibu mertua. » Rumahtangga pasangan ini baru berusia kurang dari 5 tahun dan baru mempunyai seorang anak kecil dan sekarang sedang mengandungkan anak kedua. Isterinya mengadu bahawa ibu mertuanya suka berlepas cakap dan memerhatikan segala gerak geri beliau termasuk cara beliau menjaga anak kecilnya. Si ibu mertua akan komen pada anak menantu jika didapati ada sesuatu perkara yang tidak kena. Katakanlah baju yang dipakai cucunya ronyok. Jika beliau tidak puas hati, si ibu mertua akan direct tegur pada menantu tanpa beralas. Akibat kelakuan ibu mertua, si anak menantu rasa tertekan lebih-lebih lagi dalam keadaan beliau yang berbadan dua dan pernah melahirkan hasrat untuk berpisah dengan suami kerana tidak tahan perangai ibu mertua. »» Terdapat beberapa saranan saya pada kedua pasangan ini tentang cara-cara bagi menangani isu perbalahan antara si anak menantu dengan ibu mertua ini. Antaranya: 1.» Anggap ibu mertua seperti ibu sendiri »» Sebelum saya mencadangkan perkara di atas, saya bertanya bagaimana kelakuan ibu mertua dengan anak- anaknya yang lain, adakah sama sebagaimana kelakuan beliau dengan anak menantunya? »» Jawapan si suami. Memang sama. Macam tulah style dia dengan anak sendiri. Suka cakap lepas dan tidak beralas… Saya membuat kesimpulan memang itulah style ibu mertua beliau. Dia tidak berniat untuk sakitkan hati menantu tapi lebih kerana beliau suka berterus terang dan tidak pandai beralas. Selain dari itu, mungkin dia berasakan anak menantunya dah macam anak sendiri! Saya tanya si suami, adakah mak memang suka cakap lepas dengan orang lain selain dari anak sendiri? Beliau jawab, ‘tidak’. Betul lah telahan saya! »» Lalu saya ajukan soalan. ‘Mengapa tidak kita anggap ibu mertua macam ibu kita sendiri juga?’ Kenapa saya kata demikian? Cuba bayangkan, jika katakan ibu kita sendiri yang komen baju anak kita selekeh, atau ibu sendiri yang kata kita tak pandai jaga layan anak? Kita marah tak? Memang betul mungkin ibu kita tak komen macam tu, tapi kalau kita layankan je dan tak ambil pusing macam kita layankan ibu kita. Agak2 ada problem tak? Bayangkan, jika anak tegur kelakuan si ibu atau menantu yang tegur sendiri? Si ibu akan rasa kecil hati… beliau terpaksa kawal instict suka ‘cakap lepas’. Tapi kesiankan? Beliau terpaksa kawal diri dan lidah dengan orang anak menantu yang mungkin dah dianggap seperti anak sendiri. Dah jadi seperti orang luar pula.. Pasti si ibu akan merasa janggal dan dalam hal ini keadaan akan menjadi lebih rumit dan tegang seterusnya membuatkan hubungan antara pasangan ini dengan ibu semakin renggang. »» 2. Ubah Minda »» Sebagai langkah untuk kawal rasa marah pada mertua ialah bila kita ‘set’ minda kita sebelum datang rumah mertua untuk terima apa sahaja komen atau kritikan yang bakal dilemparkan oleh mertua pada kita. Bila kita dah ‘set’ minda kita macam tu, ini akan membuatkan kita lebih bersedia menerima komen-komen ‘bernas’ mertua kita tu, seterusnya kemarahan tidak meluap-luap seperti mana biasa. »» Lagipun dia tu kan ‘mak’ kita? : ) »» 3. »»Sokongan suami »» »»Peranan suami di sini sangat-sangat genting. Suami perlu seboleh- bolehnya bersikap neutral dan tidak kelihatan terlalu menangkan ibu sendiri walaupun ibu betul. Cuba letakkan diri kita dalam keadaan isteri agar kita lebih bersimpati. Lebih-lebih lagi dalam keadaan isteri yang sedang hamil, pasti emosinya lebih mudah terganggu. »» Dengan ini, si isteri akan lihat kita memahami hati dia, selepas itu barulah cuba nasihatkan dan bincang dengan isteri bagaimana dapat diatasi atau diperbaiki hubungan antara beliau dengan ibu. »» Paling penting suami tidak boleh memandang perkara ini sebagai satu isu yang kecil, ianya perlu dipandang serius agar ianya tidak melarat yang akhirnya berkemungkinan boleh berlaku kepada perceraian jika tidak kita berhati-hati. »» Apa yang penting bila berdepan dengan hal senario seumpama ini, kita perlu bersikap positif dengan tidak memandang kesilapan orang lain sahaja, tetapi melihat bagaimana kita dapat memperbaiki diri agar dapat mengubah persepsi orang lain (mertua) pada kita. Di samping pada masa yang sama bersetuju mengubah minda kita dan menganggap ibu mertua seperti ibu sendiri. I.Allah, keadaan akan menjadi lebih terkawal dan seterusnya rumah tangga akan menjadi lebih harmoni.
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 18:06:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015