Imam Malik ketika ditanya menenai Imam Abu Hanifah ia betkata - TopicsExpress



          

Imam Malik ketika ditanya menenai Imam Abu Hanifah ia betkata :”Aku lihat dia(Abu Hanifah) sebagai seorang lelaki dimana jika kau berbicara denganynya di tiang ini maka ia akan menjadikan tiang ini berupa emas kerana kehebatan hujahnya.” Maksud Imam Malik ialah kehebatan pemikiran Abu Hanifah tidak boleh diragukan dan kehujahannya amat hebat dan manfaat. Walaupun kadang-kala terdapat perbezaan pendapat antara dua Imam tersebut. Begitulah kehidupan dua Imam daripada dua aliran metodologi yang berbeza didalam memahami hukum. Imam Abu Hanifah merupakan tokoh daripada Madrasah Ahlu Ra’yi yang bertempat di Iraq dan asas metodologi mereka adalah memberi fatwa dengan ra’yu(akal) selagi mana perkara itu tidak didapati didalam Al-quran dan Hadis. Manakala Madrasah Ahlu Hadis pula yang bertempat di Madinah dan asas metodologi mereka pula berpegang teguh dengan hadis dan tidak membicarakan hukum yang belum berlaku . Jika sesuatu masaalah yang tidak mempunyai dalil dari Al-Quran atau hadis,maka,golongan ini tidak akan mengeluarkan hukum dan mengambil pendirian tidak memberikan sebarang ulasan. Berkata Imam as-Suyuti, khilaf yang berlaku di antara mazhab-mazhab berlegar antara yang paling benar dan yang benar, bukan di antara yang benar dan yang salah. Dari itu janganlah kita mendatangkan kekecohan oleh kerana tidak sependapat dengan golongan yang lebih kepada aliran metodologi ahli hadis atau tidak sependapat dengan mereka yang lebih kepada metodologi ahli Ra’yi. Hentikanlah menggelar dan melebel dengan niat mengeji kerana itu hanya akan menghambat kedamaian antara kita.
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 15:09:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015