Inilah tiba tiba Penasihat Kerajaan bagi hal ehwal sosial dan - TopicsExpress



          

Inilah tiba tiba Penasihat Kerajaan bagi hal ehwal sosial dan kebudayaan bersuara mengenai nak meMelayukan jalan Melayu...bla bla..baca sendiri petikan dari berita Bernama dibawah ini. Saya rasa statement begini tak menepati kehendak sosial rakyat sekarang ini yang berdepan dengan situasi pertambahan kes jenayah hingga ke depan pagar rumah, masalah budaya yang tak elok semakin menular dalam masyarakat belia serta isu isu kenyataan rasis sesama ahli politik serta banyak lagi isu sosial masyarakat termasuk pengangguran yg meningkat dikalangan graduan pelbagai bangsa. Cubalah Penasihat bekas Menteri ini bersuara cadangan yang lebih bernas dan melegakan keresahan rakyat seluruhnya, kalau setakat idea Jalan Melayu nak dimelayukan...saya rasa ini bukan isu besar. Teringat satu artikel dalam Utusan Malaysia sekitar tahun 80an masa saya remaja..di United Kingdom ada satu kampung dinamakan Kampung Kelantan sebab ramai pelajar melayu Kelantan tinggal di sana. So what? No issue on that. Nama seperti Masjid India, Masjid Pakistan atau China Town turut ada di serata dunia. So what? Baik minta idea dari para graduan yang lebih terkesan dengan persoalan sosial yang dihadapi oleh mereka. Akhir coretan, Cuba tukar nama Selipar Jepun kepada nama Selipar Melayu atau Selipar Malaysia dulu. Hi hi itupun tak boleh...Japanese pun tak kesah. Petikan berita dari Bernama: Rais Yatim: Jalan Melayu akan dimelayukan6:40PM Okt 29 2013Jalan Melayu di Kuala Lumpur akan dibangunkan semula dengan identiti Melayu daripada segi perniagaan, seni budaya dan muzikal, kata penasihat kerajaan bagi hal ehwal sosial dan kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.Rais berkata usaha itu penting memandangkan tiada sebatang jalan di ibu negara yang benar-benar mencerminkan sosiobudaya kaum Melayu di Malaysia untuk ditonjolkan kepada pelancong asing.Katanya usaha kerajaan membangunkan semula Jalan Melayu yang terletak berhampiran Jalan Masjid India tidak harus dicemburui kaum lain memandangkan masyarakat India telah mempunyai Little India di Brickfields, manakala kaum Tionghua mempunyai China Town di Jalan Petaling.Kaum lain tidak patut rasa kecil hati kerana masing-masing telah ada tempat, tapi kaum Melayu tiada Malay Street yang betul-betul tipikal Melayu, katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Melayu di sini, hari ini.Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia) berkata pembangunan semula Jalan Melayu itu dijangka dimulakan Januari tahun depan dengan melibatkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelancongan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Warisan Negara.Apa kegiatan yang akan kita lakukan di Jalan Melayu ini akan kita fikirkan tapi mula-mula sekali kita akan cuba baiki bumbung kedai yang ada dan petak-petak perniagaan untuk penjaja Melayu, katanya.Selain itu, Rais berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan mengenai penubuhan Yayasan Warisan Negara bagi memperkasakan lagi pembinaan negara bangsa.Katanya jika penubuhan yayasan itu dipersetujui, ia akan mencari formula paling praktikal untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa celik budaya, seni dan juga warisan.- Bernama
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 14:24:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015