Irfan undur diri demi maruah Selangor Jurulatih Selangor, Irfan - TopicsExpress



          

Irfan undur diri demi maruah Selangor Jurulatih Selangor, Irfan Bakti telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas kekalahan 3-0 dengan Sime Darby Selasa lepas. Difahamkan, punca utama Irfan membuat keputusan mengejut itu ekoran prestasi hambar skuadnya dalam kempen Piala Malaysia setakat ini. Beliau percaya meletakkan jawatan adalah jalan terbaik bagi menyelamatkan masa depan Selangor dalam mengharungi baki kempen Piala Malaysia musim ini. Katanya kepada Berita Harian: "Bagi saya, kekalahan 3-0 kepada Sime Darby cukup memalukan dan sebagai jurulatih saya bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi saya terpaksa buat keputusan berundur demi maruah bola sepak Selangor dan maruah saya sendiri. "Benar saya telah menghantar surat peletakkan jawatan kepada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Mokhtar Ahmad." Beliau juag memberitahu bahawa keputusannya diterima baik oleh pihak pengurusan Selangor dan perkara ini bukan salah pemain-pemainnya. "Saya tidak salahkan kepada anak-anak buah saya kerana mereka telah memberikan aksi terbaik," Buat sementara waktu ini, pembantu jurulatih Selangor, P. Maniam akan mengambil alih tugasnya. "Maniam akan mengambil alih tugas saya dan saya percaya beliau merupakan individu yang sesuai untuk meneruskan perjuangan Selangor dalam kempen Piala Malaysia," jelasnya. Irfan turut menyatakan bahawa keputusan ini dibuat setelah berfikir panjang walaupun kontraknya bersama Selangor masih berbaki tiga bulan lagi.
Posted on: Thu, 29 Aug 2013 04:59:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015