Isu Anti Islam di Myanmar Semakin Parah Perlukan Tindakan Segera - TopicsExpress



          

Isu Anti Islam di Myanmar Semakin Parah Perlukan Tindakan Segera Terkini Malaysia 1. Sentimen agama anti Islam di Myanmar yang berlangsung lebih 18 bulan telah berada di tahap parah. Laporan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 23 Januari 2014 menunjukkan situasi terkini umat Islam di Rakhine berada dalam keadaan yang kronik. 2. Menurut laporan PBB pada 13 hb Jan yang lalu 40 orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh di perkampungan Du Cheer Yar Tan tambahan kepada 8 orang yang dibunuh sebelumnya pada 9 hb jan 2014 di perkampungan sama. 3. Sebagai sebuah kerajaan umat Islam, Kerajaan Malaysia mesti memainkan peranan lebih aktif dalam menangani isu antara kaum dan agama di Myanmar. Permintaan Kementerian Luar Negeri agar Kerajaan Myanmar mengambil tindakan konkrit terhadap isu ini pada Oktober lalu masih belum cukup. Ini kerana rakyat telah dikecewakan oleh Kerajaan Malaysia apabila kerajaan dilihat gagal memberikan mesej penting menerusi Sukan SEA yang berlangsung di Myanmar Disember lalu. 4. Justeru, bagi memperbaharui tanggungjawab kemanusiaan ini, nota bantahan rasmi kerajaan perlu dikemukakan segera. Usul juga perlu dikemukakan oleh kerajaan di Parlimen yang bakal bersidang bermula 10 Mac nanti bagi mengecam sikap dingin kerajaan Myanmar dalam menangani isu ini. 5. Saya yakin, jika mahu, Kerajaan Malaysia mampu melakukan lebih jauh lagi sepertimana yang dilakukan dalam proses damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) tahun lalu. YB Dato’ Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri Ahli Parlimen Kuala Nerus Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Posted on: Tue, 04 Feb 2014 22:24:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015