JAWATAN KOSONG DI UPMHOLDINGS Kami mempelawa Warganegara Malaysia - TopicsExpress



          

JAWATAN KOSONG DI UPMHOLDINGS Kami mempelawa Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan dan komitmen yang tinggi dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sebuah entiti universiti yang berteraskan perniagaan untuk bersama-sama universiti menuju ke arah universiti bertaraf dunia:- JAWATAN 1 : NON-EKSEKUTIF KUMPULAN : Sokongan TARAF JAWATAN : Kontrak SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; (b) Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (c) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan kepujian dalam empat (4) mata pelajaran lain yang berkaitan di peringkat SPM; (d) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel, database, dan lain-lain. JAWATAN 2 : EKSEKUTIF PEMASARAN KUMPULAN : Pengurusan Profesional TARAF JAWATAN : Kontrak SYARAT LANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:- (a) Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan; (b) Mempunyai Ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan/ pemasaran/ berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (c) Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pemasaran dan pembangunan perniagaan berkaitan selama 3 tahun; (d) Memiliki kemahiran komunikasi yang baik serta fasih berbahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (Penulisan & Percakapan) (e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan perisian Microsoft Word, Microsoft Excel dan lain-lain aplikasi. DESKRIPSI TUGAS Mengendalikan pengurusan keseluruhan fungsi-fungsi pemasaran dan promosi bagi aktiviti perniagaan UPMET. CARA MEMOHON : Pemohon boleh memohon dengan menghantar resume lengkap beserta sijil/ dokumen yang berkaitan dengan menulis jawatan yang dipohon dibahagian kiri sampul surat dan hantarkan kepada: UNIT PENTADBIRAN BAHAGIAN PENGURUSAN KORPORAT UPM EDUCATION & TRAINING SDN. BHD. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR PERHATIAN : (i) Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima atau tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak akan dilayan. (ii) Hanya calon-calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan diperakukan dan dipanggil untuk ditemuduga. (iii) Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya TARIKH TUTUP: Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas tidak lewat dari 8 Julai 2013 (Isnin). Sekian, terima kasih. Unit Pentadbiran Bahagian Pengurusan Korporat UPM Education & Training Sdn. Bhd. Tel: 03-8946 8953/8838 21 Jun 2013
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 07:42:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015