JIKA ANWAR BERJAYA TUMBANG KERAJAAN BN DENGAN CARA KEGANASAN, - TopicsExpress



          

JIKA ANWAR BERJAYA TUMBANG KERAJAAN BN DENGAN CARA KEGANASAN, ADAKAH RAKYAT YANG PRO BN HANYA BERPELUK TUBUH?.......SUDAH TENTU TIDAK !!!!!! Rakyat kena ambil iktibar isu Mesir. London: Rakyat perlu mengambil iktibar mengenai kejadian di Mesir, iaitu perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri berkata, kegagalan menguruskan perubahan itu dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat apabila harga barangan naik, pengangguran meningkat dan industri pelancongan lumpuh. Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita, katanya pada akhir lawatan kerjanya ke London semalam. Beliau diminta mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan Presiden Mohamed Morsi digulingkan, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012, bagi menggantikan Hosni Mubarak. Cari penyelesaian aman Najib berkata, yang penting sekali di Mesir sekarang ialah mencari penyelesaian secara aman. Dan dalam masa terdekat ini, kita berharap mereka akan alami proses pilihan raya yang adil dan inklusif supaya kerajaan yang akan datang mencerminkan aspirasi rakyat Mesir. Apa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir... (tetapi) ia sudah pun terjadi. Walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan ia sudah terjadi. Selepas ini kita mengharapkan kerajaan baru dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir. Inilah saja jaminan untuk kestabilan jangka panjang dan keharmonian Mesir, katanya. Rujuk undang-undang Menjawab soalan mengenai tindakan rakyat di beberapa negara, termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya walaupun dipilih secara sah menerusi cara demokrasi, Najib berkata, yang penting ialah pilihan raya sudah berlangsung secara adil dan mengikut Perlembagaan negara. Maka lepas ini, jika ada sesiapa tak puas hati, dia mesti rujuk proses berdasarkan undang-undang dan Perlembagaan. Inilah yang menjamin apa juga kita lakukan, berdasarkan pada undang-undang dan Perlembagaan.
Posted on: Sat, 06 Jul 2013 06:24:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015