[Jika boleh capai RM30,000 sebulan, kenapa nak kejar RM30,000 - TopicsExpress



          

[Jika boleh capai RM30,000 sebulan, kenapa nak kejar RM30,000 setahun?] Itulah kata-kata seorang uncle Tauke Kedai Letrik di sebuah kedai di Port Dickson pada tahun 2001. Ketika itu saya baru terlibat di dalam projek pemasaran & pengiklanan untuk HSBC dan saya perlu pergi dari kedai ke kedai untuk offer mereka memohon kad kredit HSBC. Ketika itu saya berpeluang melihat dengan mata kepala saya sendiri Borang J - Penyata Income Tax ramai tauke tauke kedai dan pastinya 99% adalah rakan bangsa cina kita sedangkan 99% bangsa saya yang memohon yang senang lulus adalah jika kerja dengan syarikat GLC atau kerajaan tapi gaji antara RM2,000-RM5,000 sebulan. Sedangkan penyata income tax purata banyak tauke tauke kedai atau even peniaga cina warung kereta tolak ketika itu pun ada antara RM60,000-100,000 sebulan dan yang pastinya mereka tidak declare jumlah sebenarnya katanya. Saya ingat lagi sebuah kedai runcit di ulu Muar (Tak ingat nampak tempat), kedai runcit uncle ni yang macam nak roboh, saya masuk lah juga sebab fikir masa tu, boleh ke dia mohon kad kredit..... Ambik kau, statement income tax dia mencecah RM200,000 setahun dan ada kilang proses kelapa. Pastinya under declare. Apa point saya? Itu tahun 2001 der.... Ini 2014. Agak-agak bila berbelas tahun dahulu mereka macam tu, hari ini bisnes mereka di mana agak-agak? Of coz mungkin ada yang tutup tetapi saya pernah lalu kedai letrik uncle di Port Dickson tu dan kedai dia dah ada 4 pintu. Perkongsian ni untuk kita berfikir. Tak salah bangsa kita suka makan gaji dan tak suka bisnes. Yolah, kalau bangsa kita berniaga, banyak yang busuk hati dan dengki pun bangsa kita juga. Yang nak jatuhkan pun banyak bangsa kita juga. Bukan semua tempat, sesetengah tempat.... Bukankah sudah masanya untuk kita bangkit? Fikir-fikirkan. Sekian lapuran dari Amerika. #DAO Jumpa saya nanti di Seminar Bangkit2014- Kuasai Potensi Kekayaan & Kejayaan. Daftar 3 orang percuma di Bangkit2014
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 07:21:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015