Jual ubat haram mampu raih RM150,000 2013/09/14 Kuala Lumpur: - TopicsExpress



          

Jual ubat haram mampu raih RM150,000 2013/09/14 Kuala Lumpur: Warga asing di sekitar ibu negara mampu meraih pendapatan sehingga RM150,000 sebulan hasil jualan ubat-ubatan haram di negara ini. Malah, pasaran haram di Lebuh Pudu, di sini yang majoritinya dikuasai warga Myanmar sejak tiga tahun lalu bagaikan tidak gentar dengan undang-undang negara ini, walaupun beberapa kali serbuan dan tindakan diambil terhadap mereka. Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Putrajaya, Rosnaini Kamaruddin, berkata ini berdasarkan nilai rampasan ubat-ubatan haram yang meningkat 500 peratus sejak serbuan pertama di sekitar pasaran haram di Lebuh Pudu pada Februari lalu. Nilai rampasan meningkat Katanya, dalam serbuan pertama itu, jabatan berkenaan hanya merampas produk ubat-ubatan haram bernilai kira-kira RM100,000, namun nilai rampasan berkenaan meningkat sehingga RM600,000 dalam serbuan terkini, kelmarin. “Ini menunjukkan mereka (warga asing) tidak gentar (untuk berniaga) kerana hasil risikan kita mendapati mereka membuka semula perniagaan selepas tiga hari serbuan dilakukan (Februari lalu).” katanya di sini. Rosnaini berkata, hasil pemeriksaan awal pihaknya mendapati ubat-ubatan berkenaan bukan saja diharamkan di sini, malah turut diharamkan di negara asal mereka.BH
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 04:16:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015