Just copy paste dari sahabat yang dah bejaye untuk peringatan. 5 - TopicsExpress



          

Just copy paste dari sahabat yang dah bejaye untuk peringatan. 5 Tip Bisnes - Dari Zero Ke RM1,000,000. Statistik yang bosan lagi seram menyatakan, "Hanya 1% sahaja bisnes yang berjaya kekal dalam tempoh 5 tahun." Memiliki bisnes sendiri pada awalnya memang seronok. Pilih nama syarikat, daftar nama perniagaan, kemudian daftar akaun bank. Selepas itu? … Tunggu, duduk diam, pening kepala kerana duit langsung tidak bertambah di dalam akaun bank syarikat. Ini masalah dan trauma besar orang "kita". Berikut adalah cara "ohsem" untuk bina perniagaan bertaraf jutawan. 1) Tahu destinasi. … Kenal pasti ke mana kita mahu pergi? Adakah kita mahu memiliki bisnes yang untungnya RM10,000 sebulan? Atau lebih? Destinasi ini yang akan jadi pembakar semangat untuk berjuang setiap hari. 2) Tahu model bisnes untuk capai destinasi. … Dalam bisnes, kita tidak boleh syok sendiri. Tahu siapa pelanggan mereka. Kenal pasti apa masalah yang mereka hadapi. Kemudian tahu berapa nilai produk atau servis yang kita tawarkan. Jutawan-jutawan bisnes tahu setiap gerak geri bisnesnya. 3) Kuasai cara vakum pelanggan. … Bisnes sudah jelas. Kini masanya untuk cipta vakum pelanggan. Belajar strategi-strategi berkesan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Bagaimana untuk cari strategi ini? Jawapannya adalah belajar daripada usahawan yang sudah berjaya. Usahawan-usahawan berjaya biasanya sudah ada sistem pemasarannya yang terbukti berkesan berkali-kali. 4) Kemahiran beranakkan duit. … Beranikan diri untuk beralih ke sektor pelaburan. Belajar berpuasa daripada menggunakan duit-duit bisnes. Ada pelbagai jenis medium pelaburan. Satu daripadanya adalah pelaburan hartanah. Dengan mempunyai kemahiran ini, bisnes kita sentiasa kebal kemiskinan. 5) Kemampuan menjadi pemimpin organisasi. … Bergerak secara berjemaah. Ramai dan kukuhkan lagi pasukan bisnes kita. Buka lebih banyak peluang pekerjaan. Kongsi kek rezeki beramai-ramai. Supaya Allah terus deraskan rahmat dan nikmat rezeki kepada kita.
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 07:00:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015