KENINGAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diminta untuk - TopicsExpress



          

KENINGAU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) diminta untuk mempercepatkan penyambungan bekalan elektrik ke bangunan SK Luagan di sini kerana sejak dua tahun lalu tidak ada tindakan diambil. Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Sairin Karno berkata, ketiadaan bekalan yang telah berlanjutan sejak dua tahun lalu member kesan kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan sekolah. “Pendawaian talian elektrik ke atas bangunan ini telah pun dilaksanakan oleh pihak kontrakter dan hanya menunggu tindakan daripada pihak SESB melakukan kerja-kerja penyambungan bekalan,” katanya semasa berucap di majlis penyampaian bag sekolah dan Bantuan Awal Persekolahan di dewan sekolah itu di sini baru-baru ini. Sairin melahirkan rasa kesal ke atas kelewatan kerja-kerja penyambungan bekalan yang disifatkan ambil lewa sahaja. Tindakan ini katanya, telah menyumbang kepada ketidak selesaan kepada murid-murid dan guru-guru yang belajar dan mengajar di sekolah itu. “Bayangkan selama dua tahun sejak pengurusan sekolah berpindah ke bangunan baharu dengan ketiadaan bekalan elektrik sudah tentu menjadi satu masalah besar bagi sekolah ini menggunakan peralatan yang banyak bergantung kepada bekalan elektrik. “Bila sudah tidak ada elektrik. Penghawa dingin, kipas angin, computer, mesin fotostat dan peralatan lain yang menggunakan bekalan elektrik tidak boleh berfungsi . “Bangunan sekolah yang termoden sudah tentu memberikan keselesaaan kepada warga sekolah ini tetapi disebalik keindahan bangunan telah mengundang kepada keperitan kepada warga sekolah kerana tidak ada bekalan ini,” katanya. Sairin meminta agar SESB dapat melakukan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dengan kadar yang segera kerana jika berlanjutan ia boleh member kesan buruk kepada pembelajaran kepada pelajar yang belajar di sekolah itu terutama pelajar yang akan menghadapi peperiksan UPSR tahun ini. Beliau difahamkan bahawa pencawang dan swiss board utama telahpun disediakan dan dipasang di sekolah itu dan hanya menunggu penyambungan bekalan sahaja. “Atas kelambatan penyambungan bekalan turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan Sijil Kependudukan (OC) bangunan ini. “Saya juga difahamkan bahawa pengurusan sekolah berpindah ke bangunan baru itu walaupun belum lengkap sepenuhnya termasuk belum mendapat OC adalah atas factor keselamatan ke atas bangunan sementera yang tidak selamat diduduki,” katanya. Sairin meminta agar pihak SESB dapat melakukan kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik memandangkan keperluan dan keselesaan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di sekolah itu. Dalam perkembangan lain, Sairin turut memuji prestasi pencapaian peperiksaan UPSR sekolah itu tahun lalu dan berharap ianya dapat ditingkatkan lagi. Seramai 665 pelajar tahun satu hingga tahun enam menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM100 seorang sementera seramai 30 orang pelajar layak menerima bag sekolah. Majlis itu adalah anjuran bersama pengurusan sekolah itu, JASA kawasan Liawan dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Keningau. Hadir sama pada majlis itu adalah Pemimpin kemajuan Rakyat Liawan, Sahanip Jamil, Guru Besar SK Luagan, Samion Amin, Setiausaha Umno Bahagian Keningau, Hadimin Jamburi, Bendahari Umno Bahagian Keningau, Yahya Hariis, Ketua Biro Pendidikan Umno Bahagian Keningau, Mohd Yazid Charles Tawik, guru-guru, ibubapa dan pelajar.
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 04:43:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015