KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan - TopicsExpress



          

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan laporan media tempatan kononnya pasukan Sarawak akan turut disiasat atas kemungkinan wujud unsur rasuah ketika menang 6-1 ke atas Perak dalam perlawanan kumpulan D Piala Malaysia di Kuching, 21 September lepas. Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa isu kemungkinan wujud unsur rasuah dalam skuad Bujang Senang seperti yang disiarkan beberapa media hari ini, tidak pernah dibincangkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Integriti ke-11 badan induk itu di Putrajaya, semalam.
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 15:33:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015