Kahwin untuk dapatkan pas 24 Julai 2013 * AYER KEROH - - TopicsExpress



          

Kahwin untuk dapatkan pas 24 Julai 2013 * AYER KEROH - Berkahwin dengan rakyat tempatan merupakan taktik wanita warga asing untuk bekerja di negara ini sebagai pelayan pelanggan (GRO). Ini dikesan ketika seramai 17 wanita warga China ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen negeri di sebuah premis hiburan di Taman Melaka Raya, malam kelmarin. Wanita terbabit termasuk dua merupakan isteri kepada rakyat tempatan disyaki bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan dilakukan 15 anggota diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Imigresen, Salmah Omar dan Mohd Yusof Hashim. Timbalan Pengarah Imigresen Negeri, Mohammad Azlan Jawawi berkata, dalam operasi selama tiga jam bermula 9 malam itu, enam ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan mengikut Perkara 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. “Kita syaki dua wanita iaitu isteri kepada warga tempatan ini menyalahguna pas lawatan sosial dan bekerja di pusat hiburan terbabit dan mereka mungkin berkahwin hanya semata-mata untuk mendapatkan pas lawatan. “Manakala, seorang dari mereka disyaki menyalahguna pas pelajar kerana sepatutnya belajar di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di pejabatnya dekat sini, semalam. Mohammad Azlan berkata, serbuan itu dilakukan setelah pihaknya menjalankan risikan selama seminggu. S.H
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 11:44:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015