Kenapa Gagal Melabur Di dalam Hartanah? === Sebenarnya untuk - TopicsExpress



          

Kenapa Gagal Melabur Di dalam Hartanah? === Sebenarnya untuk membeli hartanah bukanlah susah. Tetapi untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya itulah yang memerlukan ilmu. Ramai yang mengadu bahawa mereka telah gagal didalam pelaburan hartanah. Bukannya mereka tidak tahu bagaimana proses membeli rumah, tetapi majoriti mereka gagal kerana tidak tahu kaedah melabur didalam hartanah yang sebenarnya. Yang lebih menyedihkan, ada yang telah memiliki lebih 4 buah rumah namun kesemuanya gagal menghasilkan pendapatan atau positif cashflow. Kenapa? Kerana mereka lebih fokus kepada : 1) Harga yang rendah 2) Lokasi yang tidak strategik langsung 3) Networth dan bukannya cashflow positive. 4) Tidak tahu faktor pemangkin kepada pertumbuhan modal hartanah yang dibeli 5) Mendapat khidmat nasihat dari mereka yang BUKAN PELABUR. Banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kegagalan ini. Namun prinsip asas untuk menjadi pelabur yang berjaya ialah melabur untuk diri sendiri dulu. Ramai diantara kita tidak mehu melabur untuk diri sendiri. Apabila sudah tergadah dan menanggung hutang yang tidak sepatutnya barulah mula mencari coach. sedih apabila melihat ramai adik-adik kita yang baru keluar dari universiti. Mereka mengikuti trend yang sudah dicipta sejak sekian lama. Majoriti mereka memilih untuk memiliki kereta terlebih dahulu dengan pelbagai alasan. Akhirnya apabila mereka sedar bahawa mengumpul aset dan mencapai status bebas kewangan dalam usia muda amatlah penting demi masa depan yang lebih baik, keadaan sudah tidak sebaik dulu. Kenapa? Kerana mereka kini dihimpit oleh liabiliti yang tidak sepatutnya. Seperti hutang kereta dan kad kredit. Oleh itu amatlah perlu untuk kita mempunyai perancangan kewangan yang bagus dan menjamin masa depan kita sekeluarga. Pelaburan didalam hartanah sebenarnya merupakan satu instrument yang amat baik dan dikala ini amat kurang masyarakat melayu yang melabur didalam hartanah. Majoritinya hanya membeli rumah untuk duduk sendiri sahaja. Maklumlah status kemewahan menjadi ukuran kejayaan individu zaman sekarang ni. -DSR === BERUBAHLAH!! HARGA MINYAK PUN SUDAH NAIK 20 SEN petrol + 20 SEN diesel + 15 SEN RON 97 dan keadaan ini LEBIH GILA dari zaman PAK LAH.... KEADAAN INI PASTINYA AKAN MENGUNDANG KOS SARA HIDUP DAN KADAR INFLASI YANG TINGGI YANG AKAN MENGOYAK SLIP GAJI ANDA WALAUPUN BERAPA BESAR GAJI ANDA!
Posted on: Wed, 04 Sep 2013 14:06:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015