Kenyataan Mourinho mengenai skuad negara selepas perlawanan cetus - TopicsExpress



          

Kenyataan Mourinho mengenai skuad negara selepas perlawanan cetus tanda tanya Shah Alam: Sama ada pujian yang dihamburkan Jose Mourinho kepada skuad Harimau Malaya sekadar hanya mahu mengambil hati atau ia benar-benar ikhlas, hanya pengendali Chelsea itu yang tahu. Dalam sidang akhbar selepas perlawanan persahabatan yang berkesudahan Chelsea mudah membenam skuad bimbingan Datuk K Rajagobal 4-1 di Stadium Shah Alam malam kelmarin, pengendali dengan gelaran ‘Yang Teristimewa’ itu memuji aksi diperagakan pemain tuan rumah pada babak pertama. Apa yang menghairankan di sebalik pujian itu, Chelsea meledak tiga gol pada babak berkenaan, malah Rajagobal sendiri mengakui kecewa dengan persembahan pemainnya sebelum mereka cuba bangkit memberi tentangan pada babak seterusnya. Serangan balas pantas “Kami bertemu pasukan yang baik, mereka mencipta masalah dan memberi tekanan buat kami pada babak pertama. Serangan balas mereka pantas dan penuh kreativiti,” kata pengendali dari Portugal itu. Bagaimanapun corak permainan yang mendapat pujian jurulatih tersohor dunia itu tidak diterjemah anak buah Rajagobal sebaiknya apabila hanya dua percubaan ke arah gol terhasil pada babak pertama - percubaan jarak dekat K Gurusamy dan rembatan dari luar kotak oleh Aidil Zafuan Abd Radzak. Selain daripada itu dua percubaan dari titik sepakan percuma oleh Amri Yahyah dan Gurusamy mudah ditangkap penjaga gol Chelsea, Mark Schwarzer. Sebaliknya Chelsea mudah meledak tiga gol menerusi Bertrand Traore (m-6), Kevin De Bruyne (m-28) dan Romelu Lukaku (m-45).
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 01:10:34 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015