Kenyataan Rasmi Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa UIAM Kami, - TopicsExpress



          

Kenyataan Rasmi Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa UIAM Kami, Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden-Presiden Kulliyah, Presiden-Presiden Mahallah dan seluruh mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang mewakili mahasiswa daripada pelbagai negara mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak zalim ke atas rakyatnya sendiri. Malaysia sebagai sebuah negara yang memartabatkan prinsip demokrasi, seharusnya mempertahankan Presiden Muhammad Mursi yang telah dipilih secara sah melalui pilihanraya. Oleh itu, kami menyeru kepada pihak Kerajaan Malaysia yang sentiasa tegas dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara dapat mengambil tindakan drastik terhadap perbuatan kejam regim tentera Mesir di bawah pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang telah membunuh dan mencederakan ribuan nyawa manusia yang mana merupakan rakyat mereka sendiri. Kami juga menyeru kepada semua mahasiswa Malaysia sama ada di IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti mahupun Institut Pendidikan Guru (IPG), agar sentiasa peka dan cakna tentang nasib yang dialami oleh saudara kita di Mesir. Dapatkanlah informasi yang tepat & benar serta sebarkanlah kepada rakan mahasiswa yang lain. Semoga keadaan di Mesir kembali aman dan keadilan dapat ditegakkan supaya kuasa dapat dikembalikan kepada yang berhak. Muhammad Hamidi bin Zamri Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Disokong bersama: Students’ Representative Council (SRC) Bachelor of Education Students Association (BEDSA) Economics and Management Sciences Students Society (EMSS) Law Society (LAWSOC) Islamic Revealed Knowledge & Heritage Students’ Society (IRKHS’S) Information & Communication Technology Students Society (ICTSS) Engineering Students’ Society XIX (ENGINIUS XIX) Archimic Society (ARCHIMIC) Mahallah Representative Committee (Safiyyah) Mahallah Representative Committee (Aminah) Mahallah Representative Committee (Asiah) Mahallah Representative Committee (Ruqayyah) Mahallah Representative Committee (Halimah) Mahallah Representative Committee (Asma’) Mahallah Representative Committee (Hafsah) Mahallah Representative Committee (Nusaibah) Mahallah Representative Committee (Sumayyah) Mahallah Representative Committee (Ali) Mahallah Representative Committee (Zubair) Mahallah Representative Committee (Uthman) Mahallah Representative Committee (Farouq) Mahallah Representative Committee (Bilal) Mahallah Representative Committee (Salahuddin) Mahallah Representative Committee (Siddiq)
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 04:21:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015