" Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang - TopicsExpress



          

" Kerajaan Barisan Nasional (BN) mahu menjadi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan hanya kerajaan yang popular semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini bukan bermaksud membebankan rakyat tetapi perlu dilakukan bagi menyelamatkan ekonomi negara setelah mendapat nasihat pakar ekonomi. "Walaupun tindakan itu agak mengejutkan tetapi ia adalah satu tindakan yang wajar, pemerhati dan penganalisis ekonomi di peringkat dunia mengatakan ia merupakan satu tindakan yang perlu dilakukan untuk pastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara maju dan membangun. "Jika tidak dibuat langkah menurunkan sedikit subsidi itu, maka negara akan berhadapan dengan keadaan ekonomi yang meruncing," katanya. " . Bagus la begitu. Rakyat kena tanggung bab minyak .. Yang dok memerintah ni camana pulak ? Apa tindakan mereka ? Pemotongan gaji dan elaun ? Guna kereta sendiri gi kerja ? Jual aset peribadi untuk tampung kewangan negara ? Tu baru dipanggil kerajaan bertanggungjawab ..
Posted on: Thu, 05 Sep 2013 14:05:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015