Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir - TopicsExpress



          

Konsert Metallica di M’sia di kala bumi Mesir berdarah Harakahdaily, 20 Ogs 2013 KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan. Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, solat ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal. “Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh seperti di bawah. Konsert kumpulan rock terkenal Metallica dijadualkan akan diadakan pada malam esok di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ia diluluskan oleh kerajaan dengan promosi, kemudahan serta harga tiket yang lumayan dan mendapat tempat strategik di ibu negara. Di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan. Ketika Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), parti-parti politik, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam serta persatuan-persatuan prihatin sibuk mengadakan majlis munajat, Solat Ghaib untuk para syuhada’ Mesir, Qunut Nazilah, serta majlis penerangan dan kutipan derma di seluruh negara termasuk di masjid-masjid, kerajaan pula menganjurkan konsert hiburan rock metal. Agak menghairankan bagaimana nilai sensitiviti pada pemimpin umat Islam di negara ini dalam menghadapi kemelut dan polemik dunia. Mungkin beralasan ianya dirancang lebih awal, namun jika dihayati, apa faedahnya meluluskan konsert Linkin’ Park sebelum itu dan Metallica pada malam esok diadakan di negara ini? Bukanlah suatu kesalahan masyarakat berhibur kerana hiburan itu adalah naluri manusiawi. Namun pilihlah hiburan yang menepati jiwa manusia, bukan unsur melampau dan memekakkan telinga serta mengandungi mesej dan makna yang tidak keruan. Sampai tahap inikah kerajaan mahu melalaikan masyarakat terutama umat Islam dalam hiburan? Perlukah meraikan kehendak atau kegilaan anak-anak muda terhadap rentak keras yang melampau serta irama yang memekakkan telinga dengan thrash metal seperti itu? Sebagaimana agresifnya penganjur konsert mengadakan konsert ini, diluluskan dan diberi restu oleh kerajaan, diberi tempat istimewa di tengah bandraya Kuala Lumpur, serta diberi ruang promosi yang hebat dan besar-besaran, seagresif itulah juga kerajaan seharusnya menyambut peristiwa berdarah di Mesir dan Syria. Alangkah baiknya malam esok dianjurkan Majlis Munajat Memohon Kesejahteraan Umat Islam di kedua-dua negara tersebut di Stadium Merdeka dan dihadiri oleh tokoh serta pemimpin lapisan rakyat daripada kerajaan dan Pakatan Rakyat, NGO-Ngo dan lain-lain lagi. Seharusnya Perdana Menteri sendiri turun bermunajat bersama rakyat, memimpin solat hajat dan Qunut Nazilah, mengutip sumbangan, memberikan ucapan semangat meningkatkan motivasi dan sokongan kepada golongan mustadhafin di Mesir dan Syria sebagaimana PM Turki lakukan sehingga membuka mata pemimpin dunia Arab dan dunia Barat yang lain.
Posted on: Tue, 20 Aug 2013 15:34:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015