Koo(tiga titik) perlu faham dan erti apa yang telah anda - TopicsExpress



          

Koo(tiga titik) perlu faham dan erti apa yang telah anda nukilkan.Memang guru-guru yang dulu-dulu tuu pandai-pandai belaka.Ada sesetengah tuu adik beradik kito, bapak saudare kito, abang kito dan guru kito pun ado. Ia bukan suatu masalah besar. Semasa PM Pak Lah dulu perbezaan gaji guru antara yang tidak memiliki Ijazah dan yang berijazah disarankan supaya tidak terlalu jauh.Maka jadinya begitu.Gaji DG 34 kini lebih tinggi dari DG 44.Kawan saya yang lari dari belajar kerana tidak bermati-matian belajar kini gajinya lebih tinggi dari saya.Dah jadi Penolong Kanan dan Guru Besar.Ada yang dah jadi Pensyarah IPT tapi gajinya lebih rendah dari Pensyarah IPG dan IPTS.Mana-mana guru yang terus belajar tentu gajinya semakin tinggi.Itu Rezeki.Allah yang beri. Cuma SISTEM GAJI/STRUKTRUR GAJI yang tidak adil.Ia tidak adil sebab, ADAKAH KO BUAT SISTEM GAJI TIDAK IKUT 1-Kekananan 2-Pencapaian Prestasi.Itu penting dalam mana-mana sistem penilaian. Apa yang menjadi SISTEM berserabut ialah SISTEM itu digubal oleh MENARA KAWALAN DAN MEJAR GENERAL YANG TAK PERNAH BAWA JET. Kalau kita renungkan mana ada juruterbang dipantau walaupun ada menara kawalan. Seseorang Juruterbang membuat kerja mengikut kapasitinya sebagai Juruterbang. Tidak ada pemantauan. Menara Kawalan hanya berfungsi sebagai pembantu. Dalam kementerian pelajaran, masalahnya ramai sangat pegawai kanan yang tugas nya nak memantau sedangkan kerja dia yang sebenar ialah MENGAJAR DAN MENYAMPAIKAN ILMU. Itu yang tak dilaksanakan bila naik pangkat. Bila naik DG 44 hingga ke jawatan JUSA semuanya diberi elaun keraian. Dia rai tak orang-orang susah,anak-anak yatim,kawan-kawan dan jiran-jiran yang tak kecukupan wang. Apa yang dia fikir? 1-GNT-Gaji nak tinggi 2-PNT-Pangkat nak tinggi 3-KNM-Kerja nak mudah.Kebanyakan pegawai kanan ko... arahannya banyak.Kadang-kadang arahan yang diberi itu sebenarnya tugas yang sepatutnya dia jalankan. Kalau kita gubal kurikulum tetapi kita tak pernah mengajar pun subjek tuu,tak pernah bentang pun sebarang kajian tentang subjek tuu, tak pernah menghadiri sebarang seminar pun tentang subjek tuu, TAK PERNAH BUAT APA-APA PUN TENTANG SUBJEK TU...KO.Ini termasuklah guru-guru yang cerdik pandai dulu-dulu tuu...Ertinya BELIAU TIDAK MEMPERBAHARUI ILMU...sampaikan semasa peperiksaan MARKAHNYE KURANG DARI 50.Macam mana tuu...nak jadi guru! Kita akan menjadi negara maju menjelang 2020. Kalau SISTEM GAJI TIDAK IKUT ILMU...KO.Sampai bila pun pemikiran kita tentang SKIM Gaji tidak akan maju. Ada yang lebih malang lagi ialah gaji para anak-anak kita yang belajarnya susah.Seperti Doktor Perubatan gajinya lebih rendah dari PTD. Gaji Pensyarah IPG lebih tinggi dari YB Negeri Kedah sedangkan dia mengajar subjek yang mudah-mudah saja, bukan subjek HOT. DG 54 mengajar subjek arkus,ikan puyu (tugasan lain mereka ialah MEMANTAU).Dari aspek jatidiri amat rendah kerana anak-anak kita yang jadi komando hanya lulus SPM saja.Gaji mereka rendah tetapi tugas ko...besar.Menggadai nyawa,jiwa dan raga. Ko... faham.Walaupun mereka nampak musuh mendarat tetapi tak boleh tembak sebab mereka tak ada kuasa undang-undang untuk menembak.Kena tunggu arahan ko...Oleh itu diberi mandat kepada Polis.Sebab polis ada kuasa dan undang-undang. Ko...DG 34 ada mandat dan kuasa untuk mendidik anak bangsa.Didiklah.Sampaikan ilmu.Masalahnya bila naik pangkat tak nak mengajar.Nak memantau saja.Itu masalahnya.Jadi banyaklah kalangan guru-guru bila naik pangkat kerjanya memantau. Mana-mana yang jadi Pengarah, Timbalan Pengarah, Pengetua, PKanan,Pensyarah Kanan kerja mengajar nya makin kurang. Tapi kadangkala yang heran tuu di Universiti Naib Cancelor pun kena mengajar dan ada yang jadi Professor kerana betapa gigihnya BELIAU menyampaikan,menghadham ilmu yang dipelajari tetapi malangnya guru-guru bergaji tinggi tak nak mengajar. Di Universiti tuu hanya Cancelor saja yang tak mengajar sebab lazimnya Cancelor IPT atau IPTS ialah Raja-raja Melayu. Kita patut bersyukur kerana diberi rezeki walaupun kita mereka SISTEM yang tak adil untuk mengisi isi perut kita.PM dan ULAMA memberi nasihat kepada DYMM dan SENATOR memberi nasihat kepada PM. Semua mereka bersekolah termasuk raja-raja Melayu. Ada satu sekolah tuu tak boleh pakai rotan sebab ada anak raja bersekolah disitu. Yang nakal dan jahat tuu bukan anak raja tetapi guru DG 34 dan pegawai kanan DG 54 ada disitu. Renungkan lah ko (tiga titik)
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 02:42:47 +0000

Trending Topics



had been

Recently Viewed Topics




© 2015