Kos Ecobound bina lebuh raya rakyat dinilai JKR Aslani M, 09 Okt - TopicsExpress



          

Kos Ecobound bina lebuh raya rakyat dinilai JKR Aslani M, 09 Okt 2013 KOTA BHARU: Dakwaan kononnya kerajaan negeri mengadai kawasan lebih 100,000 ekar di Pergau, Gua Musang sebagai timbal balik kepada kontraktor membina Lebuh Raya Rakyat tidak berasas. Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat Negeri Kelantan, Hanifa Ahmad berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sebagaimana disebar pihak tertentu dalam media baru. Katanya, tidak timbul sama sekali kawasan itu digadai kerajaan negeri. “Kawasan berkenaan mempunyai balak yang dianggar bernilai kira-kira RM950 juta. Ia hanya sebagai pilihan bagi kerajaan terhadap pelaksanaan projek lebuh raya rakyat. “Kita juga mempunyai pilihan lain iaitu menyediakan kawasan tertentu di kawasan laluan lebuh raya rakyat kepada syarikat untuk dibangunkan bandar baru,” katanya pada persidangan Dun hari ini. Semalam ketika membahas Belanjawan Kelantan 2014, Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan boleh memanfaatkan rizab besi mentah di Sungai Tuang dianggar lebih 50 juta tan kepada syarikat dari Korea yang dilantik sebelum ini membina lebuh raya rakyat. Husam sebelum ini terbabit secara langsung projek lebuh raya rakyat empat lorong dua hala sepanjang 68 km dari Kota Bharu-Kuala Krai. Hanifa berkata, tidak berbangkit kerajaan negeri menamatkan syarikat dari Korea memandangkan syarikat terbabit dalam sepucuk surat menyatakan tidak berminat meneruskan projek terbabit. Begitu juga juru perunding Zaki yang juga terlibat dengan projek berkenaan sebelum ini juga menyatakan tidak lagi berminat. “Ekoran itu konsultan baru, Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group berminat meneruskan projek berkenaan. “Mereka telah mengangkat kertas cadangan lengkap bagi menyiapkan projek lebuh raya rakyat sepanjang 30 km dari Bukit Baka ke Kuala Krai dengan anggaran kos RM669 juta. “Berdasar anggaran itu kerajaan negeri meminta JKR menilai proposal dibuat Ecobound sama ada kosnya munasabah atau tidak. “Jadi sekarang kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan lagi dan menunggu laporan penilaian JKR ke atas kertas cadangan dibuat Ecobound,” katanya. Bagaimanapun sekiranya penilaian JKR mendapati kos tersebut tinggi, kerajaan negeri akan membuka tawaran kepada syarikat lain pula. Beliau juga berkata, syarikat memerlukan sesuatu yang boleh dicagar bagi membolehkan mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan melaksanakan projek lebuh raya rakyat. “Baru-baru ini Presiden Emirates House Group dan Timbalan Presiden Bank Pembangunan Islam (IDB) datang ke sini dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar,” ujarnya. Beliau juga memberitahu jajaran Pasir Hor ke Kadok sepanjang 7 km akan dibina kerajaan pusat membabitkan kos RM200 juta. Tawaran tender projek pusat tersebut difahamkan akan dikeluarkan tidak lama lagi. “Bagi laluan seterusnya dari Kadok ke Machang sejauh 43 km lagi belum dipastikan dibina kerajaan pusat atau tidak. “Dan bagi laluan Machang-Kuala Krai akan tetap dibina kerajaan negeri selepas mengambil kira projek lebuh raya Kota Bharu dipinggirkan kerajaan pusat sejak 1986,” tambahnya. bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/22650-kos-ecobound-bina-lebuh-raya-rakyat-dinilai-jkr
Posted on: Thu, 10 Oct 2013 02:22:31 +0000

Trending Topics



>
Con todos mis respetos a la libertad de pensamiento y expresión.

Recently Viewed Topics




© 2015