Kuching- Sarawak akan menjadi tuan rumah pertama di malaysia bagi - TopicsExpress



          

Kuching- Sarawak akan menjadi tuan rumah pertama di malaysia bagi persidangan Antarabangsa Sains Kognitif ICCS yg kesembilan mulai 27-30 ogos di salah sebuah hotel terkemuka di sini. -Kementerian pelancongan dan persatuan mencegah kekejaman terhadap haiwan sarawak) akan membina sebuah kampung haiwan yg pertama di negeri ini. Miri- Remaja membuat laporan polis dengan mendakwa dirinya diintai oleh datuknya ketika mandi. -Krisis air yg menjejaskan penduduk di seratok dijangka akan berakhir tidak lama lagi memandangkan usaha membaik pulih 3 pam besar yg rosak di loji rawatan air Nanga Lichok telah dilakukan. Sibu- Dua van milik dua syarikat berlainan yg diparkir di Jalan Maju, dipecah masuk dan pencuri melarikan barangan dan peralatan kerja mencecah nilai ribuan ringgit. Kedua dua pengadu dikatakan bermalam di sebuah hotel berhampiran ketika kejadian itu berlaku serentak. Kuching-Empat kes rompakan bersenjata yg merangkumi dua kedai serbaneka 24 jam,sebuah restoran makanan segera dan kedai kek dicatatkan di sekitar bandar raja ini, dalam tempoh kurang dari 12 jam. Kuching-Gara gara putus cinta seorang warga indon cuba menamatkan riwayatnya dengan menelan 30 biji paracetamol. Mangsa juga turut mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan kiri dan di laporkan dalam keadaan stabil. Miri- gara gara ingin mendapatkan gelaran DATUK, seorang ahli perniagaan terkenal di sini kerugian rm600,000, setelah ditipu dua individu bergelar Datuk dan Tengku dari selangor. Miri-Kira kira 100orang kaum penan dari long meraan, sungai Magoh berhimpun mendirikan beberapa sekatan jalan bagi membantah pemasangan paip minyak Sabah-Sarawak oleh Petronas.. info:UTUSAN BORNEO..21/8 maaf atas sebarang kesalahan ejaan. -klin-
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 01:10:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015