“Letakkan Irham atas tilam kecil ni,” arah Haq yang muncul - TopicsExpress



          

“Letakkan Irham atas tilam kecil ni,” arah Haq yang muncul tiba-tiba. Dia membentangkan tilam kecil di atas permaidani tebal. Bantal kecil diletakkan di hujung tilam bercorak abstrak berwarna biru itu. Qara akur dan Irham diletakkan dengan cara yang paling lembut. Berat hatinya mahu meninggalkan Irham. Tapi dia bukan siapa-siapa dalam hidup anak kecil itu. Mencuit hidung kecil Irham sedikit, lambat-lambat dia bangun. “Saya nak balik dah,” kata Qara perlahan. Dia rasa sedih. “Tunggu saya sekejap, saya solat dulu. Lepas tu saya hantar awak balik.” “Tak payah. Saya boleh balik sendiri.” “Saya hantar.” “Saya balik sendiri.” Tajam mata Haq menyorot muka selamba Qara. Degilnya Qara buat dia sakit hati sendiri. “Saya kata saya nak hantar awak balik tu maknanya saya hantarlah. Cuba sesekali jangan melawan cakap orang.” “Yang nak marah-marah ni kenapa?” “Siapa yang marah?” tanya Haq kembali. “Awak nak suruh saya tunggu juga nak buat apa? Dahlah rumah ni tak ada sesiapa. Kalau kena tangkap basah, macam mana? Awak nak bertanggungjawab ke?” “Dah kena tangkap basah dengan saya, sayalah yang kena bertanggungjawab. Takkanlah jiran saya pula kot?” “Saya...” “Dah... dah... jangan nak mengarut lagi. Mak ngah saya ada kat bilik dia dan dalam kawasan perumahan elit macam ni, kita tak mungkin kena tangkap basah. Tolong tengokkan Irham. Saya nak solat,” potong Haq pantas. Qara kalau dibiarkan membebel, sampai esok pagi pun belum tentu akan berhenti. Entah macam mana Shahil boleh bertahan dengan Qara, dia sungguh-sungguh tidak tahu. “Badan kecil, mulut pun riuh sama macam murai yang juga kecil,” kutuk Haq sambil memanjat anak tangga. |BUKAN CUMA DIA, Bab 11|
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 23:17:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015