MANIS YANG MEMBAHAYAKAN Rasa gula sememangnya manis tetapi di - TopicsExpress



          

MANIS YANG MEMBAHAYAKAN Rasa gula sememangnya manis tetapi di sebalik kemanisan itu ia sebenarnya mengundang bahaya. Pada tahun 1929, Sir Frederick Banting, individu yang menemui insulin iaitu hormon utama mengawal metabolisme glukos dalam tubuh manusia mendapati, diabetes adalah penyakit lazim di kalangan pemilik ladang tebu warga asing di Panama sementara pemotong tebu yang terdiri daripada penduduk peribumi Panama tidak menghidap penyakit kronik itu. Sebabnya? Pemilik ladang tebu mengambil gula putih halus yang dihasilkan daripada tebu pada kadar yang banyak sedangkan pemotong tebu sekadar mengunyah keratan tebu. Impak negatif gula putih turut ditekankan oleh pakar pemakanan dunia yang tersohor, Dr. William Coda Martin. Pada tahun 1957, beliau tampil mengklasifikasikan gula putih halus sebagai racun. Martin membuat takrifan itu daripada segi perubatan kerana gula merupakan antara bahan yang jika di aplikasi ke tubuh, ditelan atau diproses di dalam tubuh akan menyebabkan atau mungkin menyebabkan penyakit. Beliau turut mengklasifikasikan gula sebagai racun kerana kandungan vitamin dan galiannya rendah. Apa yang tinggal hanyalah karbohidrat tulen. Gula akan melahap vitamin dan galian yang berharga daripada tubuh manusia untuk tujuan pencernaan dan detoksifikasi.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 04:30:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015