MENARIK DI EPC RADIO 1 KHAMIS 20 - TopicsExpress



          

MENARIK DI EPC RADIO 1 KHAMIS 20 JUN 2013 Hiburan Petang - Waktu siaran 3.00 petang Rancangan ini membawakan untuk saudara lagu-lagu hiburan sesuai dengan suasana dan senario petang. Berita dan Peristiwa - Waktu siaran 4.00 petang Rancangan ini memaparkan berita dan peristiwa semasa di negara kita dan juga di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Keluarga dan kekeluargaan - Waktu siaran 5.00 petang Rancangan ini sekali lagi menumpukan perhatian kepada ehwal keluarga dan kekeluargaan. Topik keluarga adalah penting dalam kehidupan kiita. Segala yang kita lakukan mengenainya berkait rapat dengan usaha kita kearah mewujudkan satu suasana damai, harmoni dan sejahtera, tambahan pula institusi keluarga merupakan satu organisasi yang berperanan besar dalam pembangunan bangsa dan negara. Melalui rancangan ini kita akan lihat ehwalnya, dan apa lagi yang perlu kita laksanakan untuk memperkukuhkannya. Melodi - Waktu siaran 6.00 petang Rancangan ini akan menghidangkan lagu-lagu popular sepanjang zaman negara kita dan pesada antarabangsa. Santapan Rohani - Waktu siaran 7.00 malam Rancangan ini membawa kata-kata hikmat, kata-kata mutiara, kata-kata pujangga, Hadis Rasulullah saw dan Firman Allah swt, untuk dijadikan sebagai panduan dan pemangkin dalam kita menjalani hidup seharian. Alam Pendidikkan - Waktu siaran 8.00 malam Hari ini matlamat utama pembelajaran, tidak kira di peringkat apa juga, ialah untuk menentukan bahawa kecemerlangan dicapai oleh para pelajar. Amat diperlukan bahawa mereka mencapai setinggi dan sebaik penghasilan dalam mata pelajaran mereka. Ini adalah satu hakikat dan ini juga merupakan satu kaedah pengukur prestasi para pelajar. Untuk tujuan ini pelbagai panduan dan bimbingan direkacipta untuk menambah dan membantu mereka kearah metlamat ini. Rancangan ini diharap dapat membantu. SELAMAT MENDENGAR ! Klik di sini untuk mendengar siaran EPC Radio 1.... epcradio1.listen2myradio/ dan myepcradio.yolasite/ untuk melayari laman web EPC Radio 1...
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 03:55:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015