[ MESTI BACA ] - Perbezaan Handphone Original Set dan AP Set Ada - TopicsExpress



          

[ MESTI BACA ] - Perbezaan Handphone Original Set dan AP Set Ada ramai pembeli/pemilik telefon bimbit bertanyakan samada handphone yang dijual dikedai original ataupun tidak?Ada yang bertanyakan perbezaan di antara AP set dan Originalset. Justeru itu, kami di highspecpcit ingin berkongsi sedikit ilmu kepada anda. Diharapaselepas anda membaca artikel ini, anda akan menjadi pengguna yang bijak dalam pemilihantelefon bimbit.Jika ada kesilapan info / maklumat kami minta maaf dan diharap dapatmemberi teguran. DEFINISI AP set (Authorized Product) ialah handphone yang kualitinya sama dengan original tetapidiedarkan oleh supplier handphone yang bukan diiktiraf oleh company pengeluar handphone.Sebagai contoh company seperti Asia Mobile, uTNT dan VSCOM, menjadi supplier untukhandphone NOKIA tetapi bukan company yang diiktiraf oleh NOKIA sebagai pengedar yang sah. Original set pula adalah handphone yang original dan diedarkan oleh pengedar NOKIA yang sah. Antara pengedar NOKIA yang diiktiraf adalah ZITHRON, AVAXX, Midland daniMobile dan FMG adalah pengedar Samsung dan Motorola yang sah. Dari segi kualiti, AP set adalah sama dengan original set. Ada company yang menjual AP setdengan companynya bertaraf ISO. Mereka boleh buktikan ini adalah set baru dari NOKIA tetapi AP. Tidak dapat dinafikan ada peniaga yang mengambil untung dengan menukar set dalaman danmenjualnya dengan harga yang sama dengan set original dipanggil set recondition (ataurecond) WARRANTY Dari segi warranty, paling baru, AP set menawarkan warranty selama 15 BULAN untuk transceiver (mainboard/chipset) dan 12 BULAN untuk LCD. Hanya 1 BULAN warrantysahaja diberikan untuk battery dan charger. Warranty pula adalah dari company supplier, bukan dari NOKIA. Urusan membaik pulih telefon di dalam warranty oleh company seperti VSCOM, COMSATdan Asia mobile diuruskan oleh syarikat baik pulih mereka sendiri atau yang mempunyaihubungan dengan syarikat mereka seperti Pacific Solution dan Future Technology.Kebiasaannya syarikat baik pulih handphone ini wujud berdekatan tetapi tidak semua. Oleh itu, kalau jikalau beli AP set di Kuala Lumpur, pembeli kena menghantar set merekayang rosak kembali ke Kuala Lumpur walaupun mereka telah berpindah ke Gopeng atauSenawang misalnya. Tak ada Pacific solution kat senawang untuk dihantar ke sana. Warranty Original set pula datangnya dari Zithron atau company original yang lain. Warrantyadalah selama 1 TAHUN termasuk trasceiver, LCD dan battery.Oleh kerana kita beli yangoriginal, tentulah kita expect national warranty, jadi kalau kita beli kat Kuala Lumpur kitaboleh hantar set kita yang rosak di mana mana kedai zithron yang berhampiran di negeri itu. HARGA Harga ap set adalah lebih murah dari original biasanya di dalam 10% - 30% lagi murah.Contohnya harga 6288 lebih kurang RM 650. Original 6288 zithron ialah RM 800+. Oleh itu,pembeli lebih berminat untuk membeli set AP disebabkan harganya. Adakalanya set AP tiada pilihan dari segi warna. AP set kadangkala datang dengan hanyasatu warna dan menyebabkan pilihan pelanggan menjadi sukar. Memang kadangkala terdapatwarna yang diingini tetapi ia kadangkala datang dalam satu warna dalam satu batch.Sebagaicontoh Nokia 6500s lebih senang untuk mendapat warna hitam dari silver. Kadang-kadangNokia 2626 datang dengan warna biru sahaja sepanjang 2 minggu kemudian oren sahajaminggu yang seterusnya. Tambahan :- Underwater set Pernah dahulu menguasai pasaran h/phone especially di kawasan bukit bintang dan pertamakompleks. Sekarang ini sudah tiada lagi di pasaran. Kalau tak silap, underwater set ini adalahset yang dibawa masuk tanpa cukai atau melalui pasaran gelap. Waranty pun beberapa bulanyang diberi oleh kedai si penjual. Recon set (atau recondition) Set 2nd hand yang di repair, upgraded dan dibarukan kemudian di jual dengan harga yanglebih murah. Recon tidak setanding dengan ap set kerana ia adalah hand set yang lama.Warranty kebiasaannya sebulan, walaupun ada pekedai yang meletakkan 6 bulan atau setahun(untuk menampakkannya setanding dengan ap set). Berhati-hati dengan handset dengan hargayang murah dari kebiasaan... ada mungkin akan masuk perangkap recon! Membeli AP set atau original adalah bergantung kepada personaliti anda dan kewangan anda.Sekiranya anda mempunyai budget sedikit lebih, selalu berpindah randah, selalu risauterhadap kerosakan h/phone, mahu yang terbaik untuk wang anda dan seorang yang sangatcerewet tentang h/phone maka Original set adalah pilihan anda. Sumber : highspecpcit.my/pages.php?pageid=15
Posted on: Sat, 29 Jun 2013 11:21:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015