"Malu aku jadi orang Malaysia" Tatkala aku pertikai ketelusan - TopicsExpress



          

"Malu aku jadi orang Malaysia" Tatkala aku pertikai ketelusan pilihanraya Aku kau usir, disuruh keluar dari negara Malu aku jadi orang Malaysia Tatkala aku mengadu harga ayam tinggi dan beban Kau kata makan saja ikan bilis, ikan kering dan ikan pekasam Jika tidak berkemampuan berlaukkan ayam Malu aku jadi orang Malaysia Di saat aku tidak punya tempat tinggal Harga rumah dan tanah melambung mahal Akibat permainan spekulator yg nakal Kau bilang tidurlah di atas lengan sebagai bantal Nyata kau memang bebal kerana terlalu lama menghirup sup capal Tidak merasai derita rakyat yg tidak punya tanah walau sekepal Kerana kau terlalu asyik membeli kapal Malu aku jdi orang Malaysia Tatkala harga minyak naik Kau bilang jangan merengek rengek Jika mahal, basikal dan baslah kau naik Begitulah kau mengejek Aku fikir kau memang layak dilenyek Tunggu PRU akan datang tahulah aku mengajar kau balik Malu aku jadi orang Malaysia Tatkala pelan pendidikan kau caca merba Bahasa ibunda entah kemana Anak bangsa perit meraba raba Kabur dalam membina watak dan akhlaq agama Kau bilang jika tidak suka belajarlah ke luar negara Sedang PTPTN kau jerut kami sampai tak bermaya Kau fikir kau siapa Menghalau orang sesedap rasa Negara ini bukan bapak kau yg punya Ia milik anak watan tercinta Malu aku jadi orang Malaysia. Copy.Paste."
Posted on: Sun, 15 Sep 2013 01:46:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015