Melangkah ke umur kehamilan ke 37 minggu, pertama pastilah satu - TopicsExpress



          

Melangkah ke umur kehamilan ke 37 minggu, pertama pastilah satu kelegaan, anak dalam kandungan sudah melepasi tempoh matang. Paru-paru sudah sedia untuk menghirup udara di dunia yang baru. Tetapi timbul perasaan gelisah, menyedari bahawa, waktunya sudah hampir, untuk melangkah satu lagi bab baru dalam kehidupan. Dulunya berdua, tak lama lagi bertiga. Barang-barang anak sudah siap dibeli. Persiapan sudah dibuat dari dulu lagi. Ironi, barang seorang anak kecil mahalnya dua kali ganda daripada barang mama dan abah! Alahai anakku! Apa aku sudah sedia? Pasti soalan ini pernah terlintas di fikiran setiap bakal bapa. Hakikatnya, hadap je, sedia lah tu nanti! Namun, hingga sekarang kami masih menerka, anakku cukup nakal, nak tahu lelaki atau perempuan, tunggu hingga dia keluar. Mungkin nak buat kejutan kepada kami agaknya. Surprise! Surprise! Apapun, anakku, yang kami utamakan, sihat sahaja kamu di dalam, jika sudah sedia, keluarlah kamu dari kepompongmu Di sana ada kami, tersenyum gembira, karena kamu sudah lahir ke dunia, mewarnai hidup kami berdua. p/s: Sudah sedia untuk oncall setiap malam. Jaga jaga!
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 14:17:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015