Melayu perlu bangun dari mimpi – 1 Posted by multiversiti on - TopicsExpress



          

Melayu perlu bangun dari mimpi – 1 Posted by multiversiti on June 8, 2013 Oleh: Hisham Mat Ali Semua bangsa ada jiwanya yang tersendiri. Ada satu semangat yang tak dapat diungkap sepenuhnya dengan hanya susunan kata-kata. Ada perasaan yang unik. Ada rasa tanggungjawab. Ada daya membela. Ada desakan halus untuk memelihara maruah. Ada cetusan fikir tentang darjat dan martabat. Mungkin ada seribu lagi nyawa bagi jiwa bangsa itu. Bangsa Melayu juga begitu jiwanya. Kalau terdengar ada perkelahian antara orang Melayu dengan orang bangsa lain, jiwa kita cepat berasa mahu membela. Banyak insiden Melayu membela Melayu tanpa lebih dulu usul periksa pun. Kalau kebetulan terserempak dengan peristiwa kemalangan jalanraya, kebanyakan kita akan bertanya “Melayu ke?”. Kita lebih bersungguh-sungguh membantu jika mangsa kemalangan itu sebangsa dengan kita. Hati kita amat terusik kalau terjumpa orang Melayu yang merempat dan melarat. Simpati pasti membuak-buak. Kalau yang kedana itu bangsa lain, ada juga rasa simpati tetapi tidaklah setaraf rasa pada bangsa sendiri. Itulah realiti jiwa bangsa. Continue Reading : multiversiti.wordpress/2013/06/08/melayu-perlu-bangun-dari-mimpi/
Posted on: Sat, 08 Jun 2013 20:40:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015