Memfatwakan bahawa dlm Islam tidak ada SUBSIDI tetapi yg ada hanya - TopicsExpress



          

Memfatwakan bahawa dlm Islam tidak ada SUBSIDI tetapi yg ada hanya CUKAI adalah satu kejahatan ilmiyah agama yg sengaja cuba nak memisahkan kalimah ZAKAT,INFAQ (SUMBANGAN/SUBSIDI), EHSAN (KEBAJIKAN/SUMBANGAN/SUBSIDI) dari AlQuran & Hadis Nabi s.a.w. Juga sekaligus berusaha menafikan "bantuan kpd yg tidak berkemampuan". Maksud umum yg tersirat dr kalimat zakat dan infaq merangkumi makna menyalurkan bantuan/bekalan/pertolongan dlm bentuk material kpd yg tidak berkemampuan atau dibawah tanggungan. Apakah ini tidak boleh disebut subsidi? Ada pun kalimat ehsan lebih umum drpd itu. Sang pemberi fatwa itu sengaja membutakan maksud. Ini gara2 terlalu lama memakai mata keldai!! Menetapkan "hanya ada cukai dlm Islam dan tidak ada subsidi" juga satu pembohongan ilmiyah yg menafikan institusi zakat serta agihan dan peranannya!! Agihan zakat secara percuma disebut apa? Itu bukan subsidi?! Atau perlu disebut sbg "pertolongan cemas?!" Hanya zaman kekuasaan Rom & Parsi sebelum kelahiran Nabi saw saja yg menggunapakai fatwa zalim itu. Para Ahli Kitab zaman itu diam dan tidak berkata apa2, dalil sbg setuju dgn sistem taghut itu krn ada habuan disebaliknya. Diwaktu itu, semua perkara kena cukai malah kadar cukai keterlaluan. Krn itu rakyat terbeban lantaran tiada istilah subsidi. Manusia di bawah Rom sgt menderita..menadah tangan ke langit agar munculnya cahaya keadilan dan kesihanbelas. Jika ada yg tak mampu melunaskan cukai, semua harta benda disita dan dirampas, seluruh ahli keluarga diisytiharkan sbg hamba abdi. Anak2 gadis dirampas dgn wewenang sbg hamba seks oleh penguasa....hingga tidak dapat bertemu dgn ahli keluarga selama-lamanya...gara-gara cukai spt yg disebut dan disokong oleh sang keldai itu. Kisah yg menyayat hati ini dapat ditemui dlm buku Sirah Nabi Muhammad saw dan Khalifah Ali ra oleh Syeikh Abu Hasan Ali AnNadwi rh. dan lain2nya. Bila Islam muncul, sistem taghut itu telah dimusnahkan oleh sistem ZAKAT yg dinikmati oleh semua umat sama ada muslim, muallaf, muallif, muallof atau non-muslim. Itu sistem SUBSIDI yg dibawahnya mengandungi keberkatan yg maha luas. Sistem yg telus dan penuh kesihan belas. Kehidupan rakyat terbela dan tidak teraniaya lg dgn sistem cukai yg terbukti menguntungkan beberapa kerat individu bersama syarikatnya. Sehingga dunia tidak dapat memadamkan dlm buku sejarah wp helaian buku itu diperbuat dari kulit ular tedung baru bersalin betapa ZAKAT/SUBSIDI itu telah menyebabkan manusia aman, kehidupan serba cukup, tiada jenayah, tiada sengketa malah tidak ada yg ingin menerima zakat/subsidi lg di zaman Khalifah Umar bin Abd. Aziz. Tiada siapa yg berani memadamkan sejarah SUBSIDI AGONG ini melainkan sang himar pemikul kitab itu jua! Jika pun ada cukai, hanya melibatkan cukai kharaj/jaminan keselamatan bg non muslim yg bernaung dibawah negara Islam yg tidak membebankan...kira2 satu perempat dinar satu kepala (+- rm 25.00 setahun sekepala). Juga cukai2 tanah, dsbgnya, tanpa menafikan bantuan percuma atau SUBSIDI oleh negara kpd rakyat. Saidina Othman telah menyerahkan sebuah telaga di Madinah kpd negara utk disubsidikan airnya kpd rakyat secara percuma. Begitu juga menyerahkan 200 ekor kuda perang kpd negara utk disubsidikan kpd perajurit negara ketika peperangan Dzatu arRiqo.... dan byk lg. Tiba2 di Malaysia ini muncul pula Kaipus baru wp berkulit salafi yg satu nada dgn kaipus zaman Kaisar Rum 600 masehi dahulu iaitu hanya CUKAI dan tiada SUBSIDI...dan ini adalah benih-benih utk merendangkan semula pohon Kapitalisme atau Zalimisme Rom ke dlm jiwa pemimpin negara, bukan pohon taqwa. Ertinya roda sejarah kebangsatan sistem taghut itu sedang bergolek semula di atas bumi Malaysia melalui lidah sang keldai pemikul kitab dr kalangan agamawan...semata2 utk memenuhi peti emas kehidupannya sendiri...dan sbg jalan utk para pemimpin juhala membuat apa saja yg dia suka. Ini bukan kerja amar makruf dan nahyu munkar, sebaliknya menyemarakkan mungkar. Ertinya...istilah ingin BERBISIK kpd pemimpin negara hanyalah BOHONG semata2 dan hanyalah lipstik!! Pemimpin negara perlu insaf dan segera halau keldai2 berjalur ahli kitab ini dr berkeliaran di halaman negara krn para keldai itu sdg berusaha mengusung kereta roda mereka ke jurang kemurkaan Allah Taala menerusi fatwa songsang lg sombong dan angkuh itu!! Allah menyuruh berbuat ehsan (kebajikan) dan menyerahkan segala amanah kpd empunyanya dgn adil, saksama, berhemah dan memandang rakyat jelata dgn perasaan kesihan belas, bukan dgn kesombongan atau kezaliman...Ya! Memang cukai tp SUBSIDI DIUTAMAKAN CUKAI DIHEMAHKAN....bukan spt suara sang keldai yg menafikan SUBSIDI terus itu KERANA PEMIMPIN HARUS INGAT ....takutlah doa2 mereka yg dizalimi wp senilai 20 sen termasuklah CUKAI yg keterlaluan, bukan nilai 20 sen itu dan hukan nilai 25% itu tetapi kesan ke atas kehidupan sesudah itu!
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 14:29:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015