Minta tunjuk kad pengenalan OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: - TopicsExpress



          

Minta tunjuk kad pengenalan OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN Tarikh: November 3, 2013 IPOH - Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai terutamanya golongan warga emas supaya berhati-hati apabila didatangi individu tidak dikenali dan memperkenalkan diri sebagai kakitangan syarikat berkenaan. Pengurus Besarnya, Wan Kamizi Wan Ishak berkata, alasan ingin menjalankan pemeriksaan pendawaian elektrik di rumah sering digunakan oleh individu yang ingin melakukan kegiatan jenayah mereka. Menurutnya, golongan yang sering menjadi sasaran adalah warga emas. Jika didatangi pihak yang mendakwa ingin melakukan pemeriksaan walaupun lengkap berpakaian seragam TNB, pastikan mereka menunjukkan kad pengenalan sebelum memberi kebenaran memasuki premis. “Bagaimanapun, kami hanya menjalankan pemeriksaan di luar premis pengguna iaitu di bahagian jangka TNB, katanya dalam satu kenyataan semalam. Wan Kamizi berkata, orang ramai diingatkan supaya lebih peka dengan modus operandi sindiket penipuan yang cuba menyamar sebagai kakitangan TNB. Beliau meminta orang ramai segera menghubungi balai polis berhampiran atau TNB di talian 15454 atau 1-300-88-54 sekiranya berhadapan dengan pihak yang mencurigakan dan menyamar sebagai kakitangan syarikat berkenaan. Khamis lalu, Sinar Harian menyiarkan mengenai nasib seorang warga emas di Kampung Padang Asam, di Kuala Kangsar yang kerugian kira-kira RM10,000 selepas wang tunai dan barang kemasnya dilarikan dua individu yang menyamar sebagai kakitangan TNB.
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 08:38:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015