Orang yang marah juga suka bertengkar dengan realiti. 1. Hari ini - TopicsExpress



          

Orang yang marah juga suka bertengkar dengan realiti. 1. Hari ini tidak sepatutnya hujan. 2. Pencuri itu tak patut curi. 3. Jalan ini tak sepatutnya jem. 4. Kawan tak sepatutnya lambat. 5. Boss sepatutnya layan saya dengan baik. Sedarlah perbuatan di atas hanyalah membazir tenaga dan masa. Apabila kawan dah terlewat, adakah kita nak marah sehingga masa yang dijanjikan bersama dia dihabiskan dengan muka masam? Jika anda berasa marah terhadap sesuatu situasi yang berulang-ulang, ingatlah ini bukan kerana situasi itu berulang-ulang, ini adalah kerana anda tidak mengubah cara pemikiran anda. Ingatlah, adalah lebih mudah anda mengubah diri daripada mengharapkan perubahan pada orang lain. Sekadar untuk renungan. - Tuan Ibrahim Tuan Man --------------------------------------------------------------------------- Muhasabah | Tidak bertengkar dgn realiti, usaha sabar dan terima, ia juga merugikan dan menyebabkan faktor lain pula menjadi masaalah baru. Ia lbh mudah mengubah diri dari terus mgharap dan terus dgn masih ingin mempersalahkan org dgn situasi yg berulang-ulang itu. Insha-Allah, pasti ada perubahan dan kesan kebaikannya.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 16:45:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015