PANDAI BUAT DUIT, TAPI HIDUP SUSAH? Buat duit dan urus duit - TopicsExpress



          

PANDAI BUAT DUIT, TAPI HIDUP SUSAH? Buat duit dan urus duit adalah dua perkara yang berbeza. Kebanyakan daripada kita berfikir dengan mempunyai pendapatan yang tinggi setiap bulan, ia mampu menyelesaikan banyak perkara. Malangnya, realiti yang berlaku adalah sebaliknya. Ada orang semakin tinggi pendapatannya, hidupnya menjadi semakin susah, kerana hutangnya semakin meningkat, kerana pendapatan yang tinggi memberinya peluang untuk berhutang lebih banyak. Akhirnya, sepanjang hidup tugasnya adalah untuk membayar hutang yang sudah dibuatnya. Bagaimana itu boleh berlaku? Ia berlaku apabila seseorang itu cuma pandai buat duit, tetapi kurang pandai mengurus duit. Urus duit lebih penting berbanding buat duit. Ramai orang mampu buat duit dengan banyak, tetapi berapa ramai yang mampu urus duit dengan bijak? Perkara perlu dibuat bagi menuju kewangan stabil. Pertama, buat duit. Kedua, urus duit. Ketiga, melaburkan duit.
Posted on: Tue, 13 Aug 2013 00:38:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015