*** PERINGATAN PENTING i) Semua rakyat Malaysia boleh - TopicsExpress



          

*** PERINGATAN PENTING i) Semua rakyat Malaysia boleh dievakuatkan walaupun Visa Mati/ Tidak Aktif, tetapi ini hanya terpakai untuk penerbangan melalui airport Kaherah sahaja. ii) Pastikan ketika mendaftar di Hub Transit DMAK, pelajar memaklumkan status Visa Mati/ Tidak Aktif dan mendapat "Surat Iktizar" dari sekretariat untuk dibawa bersama pasport ketika berangkat ke airport. iii) Jangan lupa bawa pasport sebelum menaiki bas ke airport dan jangan pula tertinggal di dalam bas, apa jua kecuaian. iv) Lantik ketua bagi group penerbangan masing-masing. v) Evakuasi voluntari akan mula melibatkan pelajar selain muhafazah Kaherah dan Alexandria. Pelajar di muhafazah Mansoura, Zaqaziq dan Tanta boleh lah bersiap sedia, pegawai akan ke sana urusan dokumen pasport dan visa untuk pembelian tiket, dan bas akan membawa pelajar bermula hari Sabtu ini ke airport. vi) Denda visa di airport Kaherah (jika dikenakan) perlu dibayar secara: i) pelajar bayar sendiri, ii) Ehsan pegawai rumah negeri, iii) Ehsan Penaja
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 09:48:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015