PERLUKAH EPISIOTOMY DILAKUKAN? Episiotomi adalah teknik - TopicsExpress



          

PERLUKAH EPISIOTOMY DILAKUKAN? Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara normal melalui faraj. Di kebanyakan negara maju, episiotomi tidak lagi dilakukan secara rutin. Doktor dan bidan di kebanyakan negara Eropah (kecuali Poland dan Bulgaria), Australia, Canada dan Amerika Syarikat tidak lagi mengamalkan episiotomy secara rutin dan hanya melakukannya sebagai pilihan terakhir. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1973, seramai 31% wanita yang melahirkan anak di hospital di sana tidak menerima episiotomi dan bilangannya menjadi 56% pada tahun 1979. Ini bermakna episiotomy semakin kurang dilakukan. drzubaidi/blog
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 22:33:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015