PERMOHONAN PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERHUBUNG - TopicsExpress



          

PERMOHONAN PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERHUBUNG STATUS KELULUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL Terdapat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh agen dan mobile (stokis) memasarkan produk Double Stemcell. Mengetahui saya adalah pesakit diabetes, sebilangan daripada mereka, bercakap seperi pegawai perubatan, mendakwa kononnya produk itu mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Kenyataan lain juga turut dihebahkan, dikatakan produk sama mampu menyembuhkan pelbagai penyakit lain. Syarikat pengeluar produk stemcell itu, Phytoscience Sdn. Bhd mencetak kod siri kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM di bungkusan produk. Sila rujuk gambar di bawah. Melihat KKM-163/S/25 Jld. 214, pastinya majoriti golongan marhaen tidak mengetahui samada kod itu dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan, KKM. Setelah membuat pemeriksaan, saya dapati 2 bahagian itu mempunyai beberapa sub-seksyen. Sebelum ini, JAKIM telah mengesahkan produk Double Stemcell menyalahgunakan Logo Halal JAKIM dan syarikat kemudian bertindak membuang logo itu sekaligus memperkenalkan bungkusan baharu, klik di sini. Satu tindakan amat dialu-alukan agar masyarakat pengguna ISLAM di Malaysia tidak terus ditipu. Hairannya, sedang isu ini hangat dibicarakan, setakat ini JAKIM tidak langsung mengambil tindakan tegas terhadap syarikat itu. Apakah sebenarnya berlaku? Pilih kasih? Pilih bulu? Hanya berani mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi tidak bertindak mengimplementasikan undang-undang? Sedangkan bukti nyata di depan mata. Tidak perlu sudah terang lagi bersuluh. Individu menjadi rujukan soal agama, Datuk Haron Din juga menggunakan produk Double Stemcell, ujar kenalan. Barangkali beliau sendiri tidak mengetahui FAKTA, syarikat pengeluar telah menyalahgunakan Logo Halal JAKIM selama ini, balas saya spontan. Apapun, demi kepentingan rakyat Malaysia, saya memohon KKM untuk memperjelaskan isu ini. Bahagian manakah di KKM mengeluarkan kodex KKM-163/S/25 Jld. 214 ditampal di bungkusan produk? Adakah produk terbabit selamat untuk dimakan? Adakah Double Stemcell tidak mempunyai bahan kimia berbahaya? Boleh juga diterangkan, apakah sebenarnya status kelulusan itu (jika ada) samada dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan? Persoalan LEBIH penting, layakkah produk itu dihebahkan berfungsi sebagai pengubat pelbagai jenis penyakit seperti didakwa sebilangan agen? Saya berharap KKM akan membuat kenyataan rasmi di facebook dikunjunghi lebih 100,000 pelayar sosial, klik di sini.
Posted on: Thu, 30 Jan 2014 09:21:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015