[PERTEMUAN PERTAMA BERSAMA DEKAN FSK] Pada tanggal 6 Nov 2013 - TopicsExpress



          

[PERTEMUAN PERTAMA BERSAMA DEKAN FSK] Pada tanggal 6 Nov 2013 saya telah mengadakan petemuan bersama dekan FSK, Prof Dr. Siti Zamratol dan Timb Dekan PraSiswazah dan Alumni, Prof. Madya Dr. Bariah bagi membincangkan halatuju perjalanan MPP FSK. Antara hasil perbincangan: 1. Perkhidmatan Wifi di Fakulti Berikutan perkhidmatan yang kurang memuaskan di DK 1,2 dan 3, Pihak Dekan akan membawa hal ini kepada peringkat atasan iaitu kepada TNC HEPA, Prof Dato Ir. Dr Othman A. Karim 2. Kebolehpasaran Mahasiswa Menurut Dekan, Fakulti tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada para pelajar, namun boleh menyediakan platform untuk kerjaya sepert Hari Kerjaya yang dilakukan setiap tahun. 3. Harapan Pihak Dekan kepada pelajar FSK. Pelajar FSK perlu berani kehadapan. Lebih berkeyakinan ketika dalam kuliah. Selain itu, Dekan juga menyarankan agar semua pelajar dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Muhammad Amirul MPP FSK 2013/14 #MovingForward
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 22:35:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015