Pemandu miliki 21 saman trafik Kuala Lumpur: Pemandu lori - TopicsExpress



          

Pemandu miliki 21 saman trafik Kuala Lumpur: Pemandu lori pembancuh simen yang terbabit dalam kemalangan ngeri mengorbankan seorang wanita di Jalan Tanah Lapang Off Jalan Sentul, di sini, petang kelmarin didapati memiliki 21 saman trafik termasuk lima membabitkan kemalangan jalan raya sejak 2010. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, lelaki berusia 47 tahun itu kini direman selama tiga hari sehingga Ahad ini bagi siasatan lanjut. “Hasil semakan lanjut mendapati lelaki ini mempunyai rekod membabitkan kesalahan lalu lintas, namun sudah menjelaskan semua saman yang dikenakan terhadapnya. “Kita akan tuduh pemandu lori itu secepat mungkin selepas merujuk kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi semalam. Katanya, polis akan meneliti lanjut berhubung kejadian itu dan siasatan terperinci akan dilakukan. Harian Metro semalam melaporkan seorang wanita, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, maut dalam keadaan ngeri selepas motosikalnya bergesel sebelum digilis tayar belakang sebelah kiri sebuah lori pembancuh simen. Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian dalam perjalanan mengambil anaknya pulang dari sekolah sebelum hilang kawalan selepas bergesel dengan lori berkenaan. Mangsa yang tersepit pada tayar belakang lori turut diseret beberapa meter dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di badan.HM
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 00:24:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015