Pembentangan BAJET 2014 baru sahaja selesai sebentar tadi : Gula - TopicsExpress



          

Pembentangan BAJET 2014 baru sahaja selesai sebentar tadi : Gula naik kepada 34 sen katanya nak elakkan diabetes. Ok baik naikkan harga barangan seperi dibawah ini pulak. Jika anda setuju sila SHARE! ** Next time tolong naikkan harga garam pula. Ye lah, terlebih garam nanti dapat penyakit darah tinggi. Bila naikkan harga garam kuranglah risiko penyakit darah tinggi di kalangan rakyat. ** Pastu nanti tolonglah jugak naikkan harga minyak masak pula. Ye lah, kalau asik makan makanan berminyak je nanti kami rakyat banyak pula menghidap penyakit jantung. ** Jangan lupa naikkan harga ikan juga lepas ni. Ye lah, ikan kan mengadungi protein. Terlebih protein nanti kami rakyat banyak pula menghidap penyakit gout. ** Jangan lupa juga naikkanlah juga harga air. Ye lah kalau air harga murah sangat nanti ramai guna air tanpa was-was, banjir pulak rumah. Boleh mengurangkan risiko kematian lemas. ** Saya mohon sangat naikkan harga elektrik lepas ni. Ye lah mana tau dapat kurangkan bilangan mangsa kematian renjatan elektrik. ** Naikkanlah harga syampu please. Ye lah, kalau guna syampu, pastu syampu masuk mata, pedih kot. Mana tau bole bole kurangkan risiko rakyat menjadi buta. ** Di samping itu juga saya mohon naikkan harga pensel. Ye la pensel kan muncung dia tajam. Cuba kalau tercucuk telinga, tak ke rakyat nanti banyak yang pekak? ** Yang paling penting naikkan harga kulit pisang. Kulit pisang licin, nanti orang terpijak, boleh tergelincir pastu eksiden. Boleh kurangkan risiko rakyat lumpuh. Terima kasih Malaysia!
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 12:40:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015