Pemimpin adalah orang yang mewakili sesuatu komuniti, samada - TopicsExpress



          

Pemimpin adalah orang yang mewakili sesuatu komuniti, samada komuniti itu bersetuju atau tidak, mereka perlu akur akan pilihan pemimpin mereka berdasarkan sistem demokrasi, pemimpin dipilih oleh komuniti tersebut, maknakata, orang yang dipilih itu diketahui akan kebolehannya, dan kerana itu dia dipilih sebagai pemimpin hati dan pemikiran setiap individu berlainan, tidak semua ahli dalam komuniti itu sama pendapatnya, ada yang bersetuju, dan ada yang tidak maka wujud pencalonan, yang dirasakan terbaik dikalangan mereka secara tidak lansung, wujud puak kecil dalam komuniti, untuk mengangkat calon yang mereka pilih, yang mereka rasakan layak untuk menjadi seorang pemimpin dan diakhirnya, hanya seorang akan dipilih daripada calon-calon tersebut, dan menunjukkan bahawa, puak bagi calon tersebut telah berjaya dengan strategi mereka tapi satu yang kita perlu ingat disini bahawa, puak-puak kecil yang tercipta ini, asalnya adalah satu komuniti yang hidup bersama bukan orang asing yang campur tangan untuk merampas kuasa, tapi sahabat dan saudara yang sama-sama mendaulatkan komuniti tersebut makanya, pemimpin itu adalah ketua bagi komuniti tersebut, bukan ketua bagi puak tertentu semata-mata beliau perlulah adil dan memberikan komitmen yang sama rata kepada seluruhan komunitinya, bukan hanya kepada puak yang mimilihnya semata-mata *selamat mengundi buat mahasiswa mahasiswi Universiti Sains Malaysia ^^
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 13:32:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015