Pengikut orang kenamaan termasuk dari Kota Singa Kota Bharu: - TopicsExpress



          

Pengikut orang kenamaan termasuk dari Kota Singa Kota Bharu: Individu yang dipercayai menjadi pengikut ajaran sesat dalam sebuah gua, didakwa bukan orang biasa, tetapi kemungkinan mereka yang berstatus kenamaan termasuk dari Singapura. Dakwaan itu berdasarkan kereta mewah yang dilihat keluar masuk ke kawasan berkenaan oleh penduduk sekitar kawasan berkenaan. Seorang penduduk enggan dikenali mendakwa terdapat sekitar 20 hingga 50 orang dilihat berkumpul di gua berkenaan pada satu-satu masa. “Kami hairan kerana orang yang dibawa lelaki terbabit ke gua bukan calang-calang kerana kebanyakannya datang dengan mewah, mungkin orang kenamaan. “Penduduk yang curiga dengan kegiatan lelaki itu pernah menjenguk ke gua berkenaan kerana syak ia dijadikan penyebaran ajaran sesat seperti Ayah Pin,” katanya. Menurutnya, apa yang diketahuinya lelaki bergelar ‘Datuk Merong’ itu didakwa boleh mengubati pelbagai penyakit dan mereka yang datang ke situ dimestikan meminum air jampinya. “Kononnya mereka yang minum air jampi itu jadi hilang ingatan dan sanggup bermalam di gua berkenaan,” katanya. Ketika tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan semalam, keadaan sekitar gua sunyi namun kelihatan seorang lelaki mengawal pintu masuk gua, dipercayai anak ketua ajaran sesat itu. Kegiatan lelaki yang menggunakan gelaran ‘Ayahanda’ itu terbongkar selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mendedahkan dia aktif menyebar ajaran dipeloporinya di negeri asal dan negeri lain, malah fahaman karut itu berkait rapat dengan kegemarannya masuk hutan serta berdamping dengan hidupan liar seperti harimau serta gajah. Antara kesesatan dalam ajaran ialah umat Islam tidak perlu mendirikan solat, hanya perlu mengenal diri sebelum mengenal Allah dan memiliki hati yang bersih.HM
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 02:41:30 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015