Pertandingan ialah platform menguji kemampuan kita sebagai - TopicsExpress



          

Pertandingan ialah platform menguji kemampuan kita sebagai jurugambar. Selepas 2 minggu saya memulakan kerjaya fotografi, saya memenangi pertandingan fotografi anjuran Kodak di KL. Ciput sahaja hadiahnya dan saya dapat johan. RM200 baucer pun sampai sekarang tak bagi lagi (dah bengkrap pun). Tapi, yang paling penting ialah…keyakinan diri saya menjadi sangat tinggi. Mengapa?? Semasa shooting, peserta lain-lain semua dengan lens besar dan mahal dan kamera mereka besar dan laju-laju semuanya. Saya hanya kamera termurah dengan kit lens. Mula-mula rasa rendah diri, tapi memandangkan ia satu pertandingan dan kemenangan pasti bukan dari jenis kamera sebaliknya kreativiti. Dan…. SAYA MENANG!! Selepas itu, saya menjadi sangat yakin untuk melakukan apa yang saya lakukan hingga hari ini secara agresif tanpa rasa inferior dengan orang lain. Bila bercakap dengan orang, rendahkanlah diri…bila bersendirian, tinggikanlah keyakinan diri. Jangan fikir panjang, masuk pertandingan ini!
Posted on: Thu, 13 Feb 2014 05:54:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015