Premis niaga Sungai Pinang masih kotor #SHUTR SUNGAI PINANG - - TopicsExpress



          

Premis niaga Sungai Pinang masih kotor #SHUTR SUNGAI PINANG - Pemandangan di sepanjang tapak perniagaan di Lebuh Sungai Pinang begitu menjijikkan dengan sampah sarap yang dibuang merata-rata oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Terdahulu Sinar Harian sudah pun meninjau premis itu sejak tahun lalu, namun beberapa bulan selepas tersiarnya kenyataan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ia kelihatan bersih, namun sudah setahun berlalu, kini premis berkenaan kembali kotor. Tinjauan mendapati tapak perniagaan yang baru sahaja berkembang empat tahun lalu i dipenuhi dengan sampah tidak kira plastik, botol, tayar kenderaan terpakai dan juga sisa makanan. Siti Sakinah Abdullah, yang sudah menghuni kawasan berkenaan hampir dua tahun memaklumkan tiada tong sampah yang diletakkan berampiran kawasan kedai. Menurutnya, secara automatik orang awam akan sesuka hati membuang sampah di merata tempat. “Saya harap MPPP dan peniaga meletakkan tong sampah berdekatan dengan kedai. “Apabila ada tong sampah, memudahkan orang ramai membeli dan membuang sampah di sekitar kedai,” katanya ketika ditemui. Tidak dinafikan sikap peniaga juga menjadi punca kepada kenaikan jumlah sampah di bahagian luar kedai. K Ranjit berkata, sepatutnya pemilik kedai mengambil tanggungjawab membersihkan bahagian depan kedai. Menurutnya, keadaan sampah yang terbiar kotor itu sekali gus memburukkan Lebuh Sungai Pinang yang baru sahaja dibuka. “Lihatlah di premis jualan barangan lain sekitar Georgetown keadaan persekitaran tempat niaga mereka sangat bersih. “Di situ lagi ramai orang yang lalu lalang dan membeli belah, kenapa mereka dapat membersihkan lokasi perniagaan mereka,” katanya. Malah tidak dinafikan ada penduduk yang mendakwa sampah di sekitar bandar Sungai Pinang sememangnya sudah semakin menjadi-jadi.
Posted on: Sat, 23 Nov 2013 04:56:28 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015