RAMADAN KEMBALI, SERAHLAH DIRI PADA ALLAH SWT BUKAN PADA - TopicsExpress



          

RAMADAN KEMBALI, SERAHLAH DIRI PADA ALLAH SWT BUKAN PADA MANUSIA Syukur alhamdulillahsebagai hamba Allah SWT kita masih diberikan nikmat Iman dan Islam, ketika ramai insan lain yang telah kembali kepangkuan Allah SWT yakni ramatullah. Kita masih diberikan peluang untuk mengharungi kenikmatan kehidupan didunia yang fana ini.Namun sebagai hamba Allah SWT kita tetap leka,lalai,seronok dengan kehidupan fantasi, mengejar cita-cita, kedudukan,kesempurnaan,kecantikan,perhatian,sanjungan dan pelbagai harapan selagi diberikan peluang oleh Allah SWT.Manusia sering akur,takut,hormati,sanjungi kepada seorang Ketua,CEO,pemimpin,suami,isteri mahupun orang-orang yang berkuasa, malahan pendekatan serah diri dan pasrah juga dikaitan dengan kuasa dan kedudukan. Sebagai insan kita lupa, setiap pemimpin,CEO dan Ketua sama sahaja seperti kita mereka juga adalah insan yang tidak sempurna dan akan diadili oleh Allah SWT terhadap segala pekerjaan,perlakuan dan niat mereka.Sewajarnya kita pasrah,serah diri dan sujud kepada Allah SWT, bukannya kepada CEO, Ketua mahupun pemimpin, yang kita kejar dan harapkan daripada pemimpin mahupun CEO adalah pujian dan penilaian yang tidak seberapa dan tidak kekal sedangkan rahmat Allah SWT serta pemberian serta anugerah Allah SWT sesuatu yang kekal diakhirat kelak. Lalainya manusia ketika mengharungi kehidupan didunia, bukan main megah dan seronok membelik-belik wajah,kelangsingan badan,kecantikan rupa paras,kekacakan,mengira-gira harta,mengejar-gejar pangkat dan darjat, berlumba-lumba mencari kedudukan, bermegah-megah dengan kehidupan dunia, tampil berkata aku yang punya, aku yang berkuasa, aku yang terbaik, aku yang benar, semuanya kita punya, semuanya kita yang baik, semuanya kebenaran kita. Ya Allah bukankah dikau telah huraikan dalam kitab sucimu yakni Al Quran, namun mengapa hati, mata dan nadiku masih tidak mahu berganjak kepada kiblatmu, aku tetap dengan kenikmatan dunia, bagaimana mahu menyucikan hati ini, mententeramkan jiwa ini, kepada siapa yang perlu aku mengadu dan meminta petunjuk, sedangkan kematian,musibah berlaku setiap saat dan detik, namun diriku tetap senyum,megah dan yakin bahawa daku akan terus hidup dan mendapat penghargaan dunia. Kini aku tidak mampu berkata-kata lagi, saat,detik,minit dan jam yang diberi adalah pertimbangan untuk kami sujud dan serah diri padamu Ya Allah, lembutkanlah hati-hati kami, bersih dan sucikanlah jiwa kami, pandu dan bimbinglah kami, ini bukan coretan menagih simpati namun keluhan dan kejahilan hambamu yang sering bermegah dengan keseronokan dan tawaran dunia.Syukur Ya Allah Ramadan kali ini sebagai titian taubat Nasuha untuk kami...
Posted on: Wed, 03 Jul 2013 01:47:43 +0000

Trending Topics



style="min-height:30px;">
LIL WAYNES CHILDHOOD Dwayne Michael Carter, Jr. was born on
Lasko Portable 1500 watt Digital Ceramic Tower Heater with remote
A good source is: a named reporter on twitter; a recognized news
Legends Furniture ZG-F2000.ABK Forest Glenn Lighted Hutch- Antique
Undoubtedly the most popular and well known tourist attractions in
When ever the weather gets 50 or below in Louisiana or South East
hi..im not a blogger nor do i know how to go about

Recently Viewed Topics




© 2015