Ramai berpendapat bersenam untuk kurus namun pandangan ini kurang - TopicsExpress



          

Ramai berpendapat bersenam untuk kurus namun pandangan ini kurang tepat. Bersenam sebenarnya adalah untuk mengekalkan kecergasan badan. Tidak guna mendapat bentuk tubuh diinginkan seandainya badan tidak cergas. Kesihatan optimum tidak akan dapat dicapai sekiranya aspek kecergasan fizikal diabaikan sekalipun pada bulan puasa. Bagi kekal cergas sepanjang Ramadan, aktiviti fizikal sama penting dengan pemakanan. Setiap individu perlu melakukan aktiviti fizikal ringan yang berintensiti rendah bagi terus mengekalkan tahap kesihatan sewajarnya. Menerusi kajian Jurnal Fisiologi Gunaan, berpuasa sebelum bersenam meningkatkan penggunaan lemak dan menurunkan kadar glikogen otot (iaitu karbohidrat yang disimpan dalam otot). Satu kajian dalam Jurnal Pemakanan pula mendapati penurunan berat badan oleh individu berpuasa yang turut melakukan senaman lebih cepat iaitu sebanyak 27 hari berbanding 41 hari.
Posted on: Fri, 19 Jul 2013 12:25:27 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015