SAINS DAN MATEMATIK MEMBENTUK PERWATAKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT - TopicsExpress



          

SAINS DAN MATEMATIK MEMBENTUK PERWATAKAN INDIVIDU DAN MASYARAKAT SISTEMATIK Nota: utk mengelakkan sebarang kontroversi, kita mulakan tulisan ini dengan pernyataan Sains dan matematik adalah ilmu Allah. Dan semua ilmu Allah akan membawa kebaikan jika diamalkan dengan betul diikuti dengan firman Allah “Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.(Az-Zumar: 9) Ok, dengan dua perenggan di atas, insya Allah tiada kontroversi so lets start. Sains dan matematik, dengan fahaman dan amalan yang mantap, akan mempengaruhi corak pemikiran dan tatacara kehidupan kerana: 1. Sains dan matematik melatih seseorang untuk menjadi orang yang consistent kerana formulasi sains dan math is all about consistency. Ia bermaksud, a valid argument or principle will always remain valid. Utk seseorang yang bekerja dengan sains dan matematik, beliau secara sedar dan tidak sedar dilatih untuk menjadi man of principle. Kalau hari ini dia tak buang sampah merata-rata, minggu depan pun dia tak buang sampah merata-rata. Dia akan rasa bersalah jika dia buang sampah merata-rata. 2. Formulasi sains dan maths sentiasa ingin cuba mengelak contradiction, jika adapun, ia akan dianggap paradox dan akan dicuba untuk selesaikan. Jika tidak boleh juga, then ia akan dianggap hypothesis dan theory yang baru but until then, contradiction adalah sesuatu yang cuba dielakkan. Kesannya, orang yang dibiasakan dengan sains dan maths akan cuba mengelakkan diri dari menjadi hipokrit. Kalau A, A lah, kalau B, B lah. Kalau dia rasa boleh dia kata boleh tapi kalau tak, dia kata tak boleh. Dia akan walk the talk dan until dia able to walking the talk, dia akan cuba buat dulu then baru cakap. Dia akan cuba dapatkan or buat proof untuk support opinion dan tindakan dia. 3. Kerja-kerja sains and maths perlukan sifat critical untuk progress. Untuk jadi critical, sains dan maths perlukan data dan knowledge diselidiki tanpa prejudis. Ini amat berlawanan dengan dogmatic. Kesannya, mereka yang dipengaruhi pemikirannya oleh sains dan matematik tidak mudah menerima sesuatu tanpa usul periksa tetapi akan mempertimbangkan semua; open minded. Mereka tidak benarkan orang lain membuat keputusan untuk mereka tetapi mereka akan membuat keputusan sendiri setelah membuat analisis yang mempertimbangkan semua sumber yang possible diperolehi dan dari semua orang. Berdasarkan ketiga-tiga point diatas boleh di simpulkan sains dan matematik membentuk pemikiran dan tatacarahidup seseorang individu yang: 1. consistent (man of principle) 2. non-contradicting (not a hypocrite) 3. critical but open minded Bagaimana ini membentuk masyarakat yang sistematik pula? Of course, individu membentuk masyarakat. Jika majoriti individu didalam masyarakat tersebut systematic, naturally, masyarakat tersebut akan turut menjadi sistematik. Bagaimana pula masyarakat yang sistematik boleh membawa kepada taraf kehidupan yang lebih tinggi dan selesa serta harmoni? Sebagai contoh, boleh dihujahkan kehidupan di negara maju lebih selesa dan harmoni disebabkan oleh pemahaman mereka yang lebih baik dalam sains dan math (sains dan math lah sesuatu yg mereka ada tetapi kita tidak ada, so itu mesti puncanya) tetapi bagaimana ini boleh terjadi? 1. Dengan being consistent, seseorang atau satu masyarakat itu boleh mengerjakan sesuatu tugas dengan berpanjangan secara tekun dan iltizam serta terancang yang biasanya akan membawa kejayaan. Being consistent juga bermaksud berdisiplin maka seseorang atau satu masyarakat yang consistent akan lebih senang diuruskan dan dikawal maka kurang kacau bilau. Bila kurang kacau bilau, tenaga dan masa boleh lebih banyak digunakan untuk kebaikan. 2. Dengan being non-contradicting, seseorang atau satu masyarakat itu akan lebih ikhlas dan kurang menipu. Bila ikhlas, output lebih berkualiti, lebih baik fungsinya dan lebih mahal harganya bila dijual. Bila kurang penipuan, kurang kacau bilau dan ketidakadilan maka lebih aman, maka lebih banyak masa dan tenaga untuk kebaikan. 3. Dengan being critical, seseorang atau masyarakat itu akan lebih dynamic dan progressive kerana mereka sentiasa mahu perubahan kearah yang lebih baik dengan cara menilai semula sistem yang ada, jika ada kelemahan akan dibetulkan, jika ada kebaikan ditambahkan lagi. Criticality memerlukan oped mindedness agar tiada teguran yang terlepas pandang, tiada prejudis yang menutup pandangan maka perubahan yang baik sentiasa akan dibuat. Seterusnya, bila terbiasa dengan sifat open minded ini, seseorang atau satu masyarakat itu tidak mudah berkecil hati dan tidak mudah rasa terhina yang kesannya akan mengurangkan pertelingkahan kerana selalunya, sifat mudah berkecil hati dan senang terasa dihina lah yang mencetuskan pergaduhan. Sekali lagi, bila kurang pertelingkahan, masa dan tenaga akan lebih banyak available untuk kebaikan. So persoalannya: 1. Adakah kita, as an individual bersifat consistent, non-contradicting dan critical but open minded? 2. Adakah masyarakat kita bersifat consistent, non-contradicting dan critical but open minded? Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) usaha atau project jangkamasa panjang yang kita sedang buat sekarang secara tekun, iltizam dan terancang? Jawabkan juga untuk masyarakat kita. Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) apakah kualiti kerja kita? Apakah bukti yang kita telah walked the talk? Jawabkan juga untuk masyarakat kita. Jika ya, sila nyatakan (dalam hati) adakah kita benar2 kritikal? Adakah benar kita dengar semua pendapat tanpa prejudis?Jawabkan juga untuk masyarakat kita Jika ya, sila nyatakan (dalam hati), adakah kita selalu marah dan tak puas hati dengan orang? Jawabkan juga untuk masyarakat kita. Jika jawapan kepada persoalan2 diatas kurang memuaskan, itu menunjukkan kita atau masyarakat atau kedua-duanya sekali masih belum cukup sistematik dan ini MUNGKIN disebabkan oleh cara kita dan masyarakat kita belajar dan faham maths dan sains tidak betul dan belum cukup lagi seterusnya menyebabkan ciri-ciri kebaikan yang sepatutnya datang dari ilmu-ilmu tersebut tidak terserap dalam pemikiran dan tatacara hidup kita dan masyarakat kita. Wallahualam.
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 13:05:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015