[ SLOT PENGETAHUAN AM siri-20 ] soalan : Bilekah tamat tempoh - TopicsExpress



          

[ SLOT PENGETAHUAN AM siri-20 ] soalan : Bilekah tamat tempoh pemakaian khuf dalam rukhsah wudhuk ? jawapan : 3 hari 3 malam = bermusafir , sehari semalam = bermukim Khuf adalah stokin yang diperbuat daripada kulit yang berfungsi sebagai stokin dan digunakan untuk perjalanan jauh. Ianya digunakan secara meluas di kalangan orang Arab di zaman Rasulullah S.A.W. untuk memudahkan mereka bermusafir kerana ketahanannya untuk perjalanan yang jauh berbanding stokin dan kebiasaannya digunakan ketika di musim sejuk. Syuraih bin Hani, pernah bertanyakan kepada Aisyah tentang cara baginda memakai khuf, beliau menceritakan: “Pergilah kepada Ali, beliau lebih tahu (daripadaku) tentang hal ini!, beliau pernah bermusafir dengan Rasulullah S.A.W”, lalu Syuraih pun bertanyakan kepada Ali, Ali menjawab: “Rasulullah S.A.W. membenarkan (kaum muslimin) menyapu khuf untuk tempoh tiga hari bagi mereka yang bermusafir, dan sehari semalam untuk mereka yang bermukim”. (H.R. Muslim, hadis no. 276) :: إلى الجنة زمرا :: PRISMA FAMILY COMMUNITY
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 17:24:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015