Sambungan bicara #r4peace: dari Istanbul jam 11.30 mlm. Jadi - TopicsExpress



          

Sambungan bicara #r4peace: dari Istanbul jam 11.30 mlm. Jadi isikan masa segment area belum tiba subuh sekitar 4 pg. 1.30 jam lagi. Istanbul airport tidak mati, ada saja orang 24 jam. Ini tanda ekonominya hidup. Ok bicara soal peranan Turki dalam membela rakyat Syria. Beberapa hari di sempadan Syria, iaitu di sebuah Pekan Kecil yang penduduk asalnya tidak sampai 60,000 dan kini dipenuhi sdr Syria bahkan sudah melebihi dari penduduk asalnya. Kenapa mereka berbondong- bondong datang ke Turki? Semua rakyat Syria yg menjadi pelarian ini akan menjawab yg sama iaitu kerana Erdogan dan kerajaannya benar-benar Ikhlas membantu. Pada satu malam ketika saya dgn teman NGO pulang dari satu urusan di Antakya, kelihatan dlm gelap di tepi jalan beberapa orang anak kecil bersama ayah dan I bunya menahan kereta teman saya. Oleh kerana agak laju, beliau terlambat break dan mengundur mendapatkan ke mereka. Tersentuh saya dgn ungkapan beliau.."dosa kita, jika tidak tolong mereka.", Anak-anak itu senang sekali sbb ada dua kereta yg sudi membantu mereka. Akhirnya di bagi dua. Ayah bersama kami dan yg lain menaiki kereta keluarga mereka. Sepanjang 30 minit beliau mengungkapkan rasanya dgn wajah dan tubuh yg sangat kurus. " Azab hidup kami, letrik tak ada, makanan sangat terbatas, pekerjaan tidak jelas dan kadangkala tentera Assad dtg memeras kami.." Ketika dia turun.."Allah saja yg dapat membantu kami.."...Teman yg memandu kereta juga menambah.."Ketika kami Terdesak begini, tidak siapa yg datang membantu kecuali Turki. Teringat masa perang Iraq dan ketika Lebanon diserang, kamilah yg membuka ruang rumah kami untuk mereka..Sekarang sebaliknya, Hizbullah pula menyerang kami di dalam Syria dan di Lebanon...Jauh sekali Iran dan kuncunya. Realiti inilah yg sebahagian pendokong syiah di Malaysia tak faham. Akhirnya Turki sajalah yg berjiwa insani membela segalanya utk rakyat Syria. kami masuk dan keluar di sempadan Turki amat mudah. Pernah semasa awal revolution, regim Assad méngebom rakyat yang nak selamatkan diri dan bergelimpanganlah mayat di depan pintu masuk adakalanya darah terlekat pada tingkapkaca dan dinding. Khemah pelarian awal tak Jauh dari sempadan juga dibom..? Inilah realiti awal tapi akhirnya rakyat Syria juga terus berfikir utk hidup dan mendapatkan bantuan teknoloji dari Turkii sehingga berjaya menentang pesawat Assad kerana anti craft berjaya menjatuhkan pesawat Assad. #r4peace juga berharap agar Erdogan memberi respons posit if atas usaha berhentikan serangan dan kembalikan hak rakyat Syria.
Posted on: Sat, 14 Sep 2013 00:35:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015