Saudara... Lihatlah kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan - TopicsExpress



          

Saudara... Lihatlah kerosakan yang dilakukan oleh tangan-tangan manusia mutakhir ini.Tangan-tangan ini(kekuasaan)apabila mampu mencengkam maka ia tidak mudah melepaskannya.Begitulah yang terjadi mutakhir apabila musuh-musuh Allah dan rasulnya serta umat islam secara terang-terangan melanyak dan menyembelih umat islam. Betapa kejam dan tanpa perikemanusiaan mereka menggunakan kekebalan dan kelicikan kuasa mereka bersekongkol untuk melenyapkan islam dan umatnya.Lebih mendukacitakan,keadaan ini adalah hasil manipulasi kalangan pengkhianat yang terdiri daripada mereka yang mengatakan mereka adalah islam walhal sebaliknya mereka sangat membenci islam. Hari ini,seperti halnya umat islam iaitu saudara sedarah-daging islam kita seperti di Palestine,Syira dan terkini di Mesir mereka kini dipaksa ,ditindas malah dizalimi dengan rakus sekali.Tidak mungkin sama sekali jika benar-benar mereka adalah orang islam yang beriman melakukan kekejaman melampau ini melainkan mereka adalah golongan musuh yang menjadi duri kepada umat islam itu sendiri. Hari ini,luluh-lumat perasaan apabila melihat linangan airmata saudara-saudara kita disana.Pembunuhan berlaku tanpa mengira batasan usia,pantas dan menjadi seolah-olah pesta mandi darah.. Ingat saudara...Allah tidak akan redha jika kita hanya berdiam diri membiarkan semua ini malah yakin sekali kita akan dipertanggungjawabkan atas kebisuan dan sikap kita yang tega membiarkan darah-daging saudara kita disakiti... Maka bangkitlah wahai pemimpin islam seluruh dunia yang jika kalian masih ada rasa berTuhan kepada Allah SWT dan masih memiliki sifat malu.Maka bangkitlah wahai umat islam tidak mengira latar belakang untuk setidak-tidaknya pun bangkitlah dari lamunan yang selama ini menanggapi diri kalian masih berada di puncak kegemilangan islam silam... DOA UNTUK GAZA,SYIRA,MESIR DAN LAIN-LAIN...
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 02:14:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015