Saya ingat gi pada hari saya beranikan diri tulis pasal masalah - TopicsExpress



          

Saya ingat gi pada hari saya beranikan diri tulis pasal masalah Danial di sini. Kemudian response yang saya dapat dari dua senior saya yang dua2 merupakan doktor. Masa saya baca response diaorang, hati rasa seperti tak tahu nak kata apa. Mak dan adik dah kata yang ada benda tak kena pasal Danial. Mak suspek Asperger syndrome tapi saya tahu yang anak saya lebih pada moderate atau severe autism. Masa tu saya tak boleh nak terima. Tambahan dengan kata2 dorongan dari rakan2 kata "Biasalah budak2 umur Danial ni macam ni.", saya dok doa semoga ada perubahan pada Danial. Hari silih berganti. Masalah Danial makin teruk. Mengamuk. Bergaru sehingga berdarah. Asyik cuba mencederakan saya. Ketawa sorang2. Hentak kepala kat dinding etc.... Saya tak cukup tido dan asyik kena sawan sebab Danial asyik mengamuk tengah malam sehingga berjam2. Tambah dengan kerja dan penat gi. Suami pun sama juga tapi alhamdullillah, ALLAH lindungi suami dari penyakit. Saya beranikan diri pergi bawak Danial jumpa specialist di Jepun ni selepas guru besar nursery Danial nasihatkan saya. "Danial masih kecil dan saya pasti Sufi-sensei sedar yang Danial lain dari budak2 lain. Baik bawak dia jumpa doktor supaya kita tahu apa yang perlu buat untuk Danial." Amik masa 3 bulan jugak sebelum dapat confirmed diagnosis. Hari dapat diagnosis tu, saya rasa lega benar. Pertama, lega sebab saya tau yang saya dah boleh terima masalah anak saya. Kedua, lega sebab saya dah tau apa yang saya boleh buat untuk bantu anak saya. Alhamdullillah....amik masa 2 tahun tapi ALLAH bukakan hati saya sementara anak masih kecil dan masih boleh dilentur gi. Saya paham benar kalau ada ibu bapa yang rasa sukar untuk terima.....Setiap ibu bapa ada menyimpan harapan tinggi pada anak masing2. Mana ada ibu bapa yang tidak berkecai perasaannya bila dapat tau yang anaknya mungkin tak boleh hidup berdikari, mungkin tak boleh bercakap seumur hidup, mungkin tak tahu mengurus diri sendiri seumur hidup, mungkin akan ketuk kepala dan mencederakan diri seumur hidup etc.... Yep. Mungkin. Tapi bukan Pasti. Bila kita terima dan redha, kita akan lebih mempunyai perasaan untuk berusaha. Dan perasaan ini penting untuk membantu anak autism kita keluar dari dunia mereka.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 12:50:23 +0000

Trending Topics




© 2015