Saya sering mendengar golongan tertentu yang digelar sebagai - TopicsExpress



          

Saya sering mendengar golongan tertentu yang digelar sebagai Wahabi. Apakah itu Wahabi? Jawapan: Wahabi ini ialah mereka yang berpegang teguh kepada ajaran Imam Asy-Syafie (pengasas mazhab Syafie, mazhab rasmi di negara ini) dan Sunnah Rasulullah yang sahih tetapi menyelisihi tradisi masyarakat. Lihat fatwa-fatwa Imam Asy-Syafie dan para ulamak besar bermazhab Syafie di bawah ini yang menyelisihi tradisi / adat masyarakat setempat. 1- KENDURI ARWAH Dalam kitabnya al-Umm 3/318, Imam asy-Syafi’e berkata: وَأَكْرَهُ الْمَأَتِمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةَ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ فَإِنَّ ذَلِكَ يُحَدِّدُ الْحُذْنَ وَ يُكَلِّفُ الْمُؤْنَةَ مَعَ مَا مَضَى مِنَ الَأَثَرَ. Dan saya membenci berkumpul-kumpul (dalam kematian) sekalipun tanpa diiringi tangisan kerana hal itu akan memperbaharui kesedihan dan memberatkan (menyusahkan) tanggungan (keluarga si mati) serta berdasarkan atsar yang telah lalu. Dalam kitabnya al-Majmu’ 5/290 Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) menukilkan perkataan pengarang kitab asy-Syamil sebagai berikut: وَأَمَّا إِصْلَاحُ أَهْلِ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسِ عَلَيْهِ فَلَمْ يُنْقَلْ فِيْهِ شَيْئٌ وَهُوَ بِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ. Adapun apabila keluarga si mati membuatkan makanan dan mengundang manusia untuk makan-makan, maka hal itu tidaklah dinukil sedikit pun bahkan termasuk bid’ah, bukan sunnah. 2- TIDAK SAMPAI PAHALA BACAAN AL-QURAN KEPADA SI MATI Dalam kitab الجمل الخازن juz 4, ms. 236 dan kitab Syarh Muslim juz 1, ms. 90 Imam al-Nawai asy-Syafi’e rahimahullah menjelaskan: واما قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعى انه لا تصل ثوابها إلى الميت. “Ada pun bacaan al-Qur’an maka pendapat yang masyhur dari kalangan yang bermazhab syafi’e bahawa tidak sampai pahala bacaan (al-Qur’an) yang dikirim kepada orang yang telah mati.” Katanya lagi di dalam kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab juz. 10, ms. 426: واما قراءة القرآن وجعل ثوابها للميت واصلاة عنه ونحوها فذهب الشافعى والجمهور انها لا تلحق الميت، وكرر ذلك فى عدة مواضع فى شرح مسلم. “Adapun pembacaan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam asy-Syafi’e dan jumhur (kebanyakan/majority) ulamak Syafi’iyyah adalah tidak sampai kepada si mati. Penjelasan ini telah diulang-ulang di beberapa tempat dalam kitab Syarah Muslim….” Sementara itu, Syeikh al-Haitsami asy-Syafi’e rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya الفتاوى الكبرى الفقهية seperti berikut: الميت لا يقرأ على ما أطلقه المتقدمون من ان القراءة لا تصله اي الميت لان ثوابها للقارئ والثواب على عمل لا ينقل عن عامل ذلك العمل، قال تعالى: وان ليس للانسان الا ما سعى. “Orang yang sudah mati tidak boleh dibacakan al-Qur’an berdasarkan pendapat daripada para ulamak terdahulu, yakni bahawa bacaan al-Qur’an pahalanya tidak sampai kepada si mati kerana pahala bacaan itu hanya untuk pembaca. Pahala amalan juga tidak akan dipindah-pindahkan dari orang yang mengamalkannya (kepada orang lain) berdasarkan firman Allah: “Dan manusia tidak memperoleh pahala kecuali dari amalan yang dikerjakannya sendiri….” Imam Muzani asy-Syafi’e rahimahullah berkata di dalam kitab هامش الام للشافعى juz. 7, ms. 269: فأعلم رسول الله مثل ما اعلم الله من ان جناية كل امرئ عليه كما ان عمله له لا لغيره ولا عليه. “Rasulullah telah memberitahu sebagaimana Allah juga telah memberitahu bahawa dosa setiap orang harus dia tanggung sendiri sebagaimana pahala amal kebaikan juga untuk dirinya sendiri, bukan untuk orang lain…” 3- AZAN JUMAAT DUA KALI Ketika Imam asy-Syafi’e rahimahullah mengulas hadis riwayat As-Sa’ib Ibn Yazid radhiallahu‘anhu, beliau berkata di dalam kitabnya yang terkenal al-Umm 1/195: وقد كان عطاء ينكر أن يكون عثمان أحدثه، ويقول : أحدثه معاوية والله أعلم. “Sesungguhnya ‘Ata’ (Ibnu Abi Rabah) mengingkari hakikat ‘Uthman yang mula-mula mengadakannya (azan dua kali), bahkan dia berpendapat Mu’awiyah Ibn Abi Sufyan yang memulakannya, wallahua’lam.” Kemudian dia berkata: وأيهما كان فالأمر الذي على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم أحب إلي. “Walau siapa pun antara keduanya (yang memulakan), tetapi aku lebih suka amalan pada zaman Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (yakni azan Jumaat hanya sekali).” 4- MENINGGIKAN KUBURAN Berkata Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm 1/277: وأحب أن لا يبنى ولا يجصص، فإن ذلك يشبه الزينة والخيلاء، و ليس الموت موضع واحد منهما ولم أر قبور المهاجرين والأنصار مجصصه... وقد رأيت من الولاة من يهدم بمكة ما يبقى فيها فلم أر الفقهاء يعيبون ذلك. “Saya suka kuburan itu tidak dibangun dan dikapur kerana hal itu termasuk perhiasan dan kesombongan, sedangkan kematian bukanlah tempat untuk salah satu di antara keduanya. Dan saya tidak mendapati kuburan orang-orang Muhajirin dan Ansar dibangun... Aku mendapati para imam di Makkah memerintahkan dihancurkannya bangunan-bangunan (di atas kuburan) dan saya tidak mendapati para ulamak mencela hal itu.” 5- MENGANGKAT TANGAN KETIKA KHATIB BERDOA Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah berkata: هَذَا فِيْهِ أَنَّ السُّنَّةَ أَنْ لَا يَرْفَعَ الْيَدَ فِيْ الْخُطْبَةِ وَهُوَ قَوْلُ مَالِكٍ وَأَصْحَابِنَا وَغَيْرِهِمْ. “Pada hadis ini menunjukkan bahawasanya sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah dan ini adalah perkataan (Imam) Malik, sahabat-sahabat kami (para ulamak bermazhab Syafi’e) dan selain mereka.” [Syarh Shahih Muslim 6/146.] 6- MENYAPU MUKA SETELAH BERDOA Imam al-‘Izz bin ‘Abdis Salam asy-Syafi’e rahimahullah menulis di dalam kitabnya Fatawanya, ms. 46-47, no. 15: وَلَا يَمْسَحُ وَجْهَهُ بِيَدَيْهِ عَقِبَ الدُّعَاءِ إِلَّا جَاهِلٌ. “Dan tidaklah ada orang yang menyapu wajah dengan kedua tapak tangan selepas berdoa melainkan orang bodoh.” 7- MELAFAZKAN NIAT DENGAN LISAN Imam al-Nawawi asy-Syafi’e rahimahullah (676H) menulis di dalam kitabnya al-Majmu’:قال أصْحابنا: غلط هذا القائل، وليس المراد الشافعى بالنطق فى الصلاة هذا، بل مراده التكبير. “Pendapat yang menyatakan sunat melafazkan niat adalah kesilapan. Sebenarnya, maksud kata-kata Imam asy-Syafi’e ‘menyebut’ ialah lafaz takbir (takbiratulihram).” [al-Majmu’ 3/243.] 8- BERZIKIR DENGAN SUARA YANG KUAT & TETAP MELAKUKANNYA Imam al-Nawawi asy-Syafi’e menjelaskan: حَمَلَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللهُ تَعَالَى هَذَا الْحَدِيْثَ عَلَى أَنَّهُ جَهْرٌ وَقْتًا يَسِيْرًا حَتَّى يَعْلَمَهُمْ صِفَةَ الذِّكْرِ، لَا أَنَّهُمْ جَهَرُوْا دَائِمًا.“ Imam asy-Syafi’e menafsiri hadis ini bahawa baginda mengeraskan suaranya dalam beberapa waktu sahaja, guna mengajari sahabatnya cara berzikir, bukan bererti mereka (Nabi dan para sahabatnya) sentiasa mengeraskan suaranya (dalam berzikir).” [Syarah Shahih Muslim 5/84.] Syaikh Zainuddin Abdil ‘Aziz al-Malibari asy-Syafi’e rahimahullah di dalam kitabnya Fath al-Mu’in 3/185-186 menyatakan: قال شيخنا: أما الْمُبَالَغَةُ فِيْ الْجَهْرِ بِهِمَا فِيْ الْمَسْجِدِ، بِحَيْثُ يَحْصُلُ تَشْوِيْشٌ عِلَى مُصَلٍّ فَيَنْبَغِيْ حُرْمَتُهَا. “Syaikh kami (Ibnu Hajar al-Haitsami) mengatakan: Adapun (berzikir atau berdoa) dengan suara yang sangat keras di dalam masjid sehingga mengganggu orang yang sedang solat, maka sudah seharusnya hal seperti ini diharamkan.” Dan banyak lagi.
Posted on: Sat, 12 Oct 2013 14:14:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015